Mahkamah Sesyen Kajang melepaskan dan membebaskan dua orang adik-beradik yang dituduh di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Penduduk Ladang Kirby tolak penempatan rumah pangsa sementara yang ditawarkan tanpa rundingan
Penduduk-penduduk Ladang Kirby menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka berpindah ke penempatan rumah pangsa sementara tanpa sebarang rundingan dan persetujuan daripada penduduk-penduduk ladang tersebut.
Masalah rumah keluarga B40 dilelong bank selesai!
Masalah rumah sebuah keluarga B40 dilelong oleh bank telah mencapai satu penyelesaian yang baik, begitu katanya S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 April 2021.
Gabungan Petani Perak lancar Kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” demi Jaminan Makanan Rakyat
Gabungan Petani dan Penternak Perak, bersama-sama dengan PSM Perak, melancarkan kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” untuk melindungi punca pendapatan petani-petani kecil dan mempertahankan jaminan makanan rakyat.
Sebuah lagi rumah B40 diancam perobohan paksa menjelang bulan Ramadan dan Tahun Baharu India
Catatan Arutchelvan mengenai peristiwa rumah keluarga M. Suppaya diancam perobohan oleh pihak berkuasa.
Perobohan rumah penduduk di Sungai Jelok berjaya diberhentikan
Operasi perobohan rumah sebuah keluarga yang tinggal di rumah kuarters Hospital Kajang di Sungai Jelok, Kajang, dapat diberhentikan, setelah aktivis-aktivis PSM yang turun bersolidariti dengan penduduk berjaya mendesak pihak Kerajaan Selangor untuk memberhentikan tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam
Bagaimanakah seorang peniaga yang kaya di Kampung Manickam telah membina kedai-kedai untuk lebih 20 tahun di atas tanah rizab kerajaan dan juga mengutip sewa daripada peniaga-peniaga kecil, tetapi tidak ada sebarang tindakan penguatkuasaaan diambil terhadapnya?
Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar
Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.
Hutang isi rumah dan penurunan gaji lepasan siswazah: Perlukan campurtangan langsung kerajaan
Pemuda Sosialis memandang serius hutang isi rumah yang telah meningkat ke 93.3% dan penurunan gaji lepasan siswazah yang telah sampai ke tahap gaji minimum negara. Pemuda Sosialis amat kecewa dengan tindakan kerajaan yang langsung tidak mengendahkan isu ini.
Kenapa Kerajaan Negeri Selangor masih enggan rampas tanah dari pemilik tanah ladang yang gagal bina rumah untuk pekerja?
Kerajaan Negeri Selangor harus merampas tanah daripada pemilik tanah Ladang Bukit Beruntung untuk membina rumah yang telah ditunggu-tunggu oleh para pekerja ladang di situ selama lebih 21 tahun.
