Fokuskan pemberian rebat elektrik kepada B80

oleh Sharan Raj Pemberian rebat elektrik kepada pengguna domestik rentetan daripada penurunan sementara kos bahan api kerana COVID-19 amat dialu-alukan. Pada pebiasaan, hanya pengguna komersial dan domestik sahaja menerima rebat atau surcaj elektrik berdasarkan kos bahan api. Namun demikian, 82% rumah di Semenanjung Malaysia menggunakan elektrik kurang 600 kWj (<RM231.80) dan rebat seharusnya dikhaskan kepada … Continue reading Fokuskan pemberian rebat elektrik kepada B80

Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh gesa Kwasa Land peruntuk lot tanah untuk hab nurseri

SUNGAI BULOH, SELANGOR – 23 DISEMBER 2020: Pengusaha-pengusaha tapak semaian (nurseri) di Sungai Buloh, Selangor, menyerahkan satu memorandum yang ditujukan kepada Michael Yam selaku Pengerusi Kwasa Land Sdn Bhd pada hari ini di ibupejabat Kwasa Land, dengan tuntutan supaya menunaikan janji untuk penempatan semula pengusah-pengusaha nurseri di tapak tanah Lembaga Getah Malaysia yang dibangunkan oleh … Continue reading Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh gesa Kwasa Land peruntuk lot tanah untuk hab nurseri

Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh hadapi pengusiran

SHAH ALAM: Pengusaha-pengusaha tapak semaian (nurseri) di Sungai Buloh, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 10 Disember 2020, dengan tuntutan pada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya jangan mengusir pengusaha-pengusaha tapak semaian di situ dan menunaikan janji menempatkan semula mereka. Turut hadir bersama dengan pengusaha-pengusaha tapak semaian Sungai Buloh yang menganggotai Persatuan Pengusaha … Continue reading Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh hadapi pengusiran

Jangan menasionalkan kos tapi menswastakan keuntungan

oleh Sharan Raj Tindakan Kementerian Kewangan menjemput Ranhill Berhad untuk membeli Indah Water Konsortium (IWK) merupakan contoh ketara pendekatan menasionalkan kos dan menswastakan keuntungan. Selama 27 tahun, cukai dan sokongan rakyat telah diberikan kepada IWK untuk membangunkan sistem pembetungan awam. IWK telah memastikan rakyat Malaysia menikmati sistem pembetungan berkualiti yang melindungi alam sekitar kita. Parti … Continue reading Jangan menasionalkan kos tapi menswastakan keuntungan

Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melanjutkan monopoli konsesi BERNAS yang akan menyebabkan pesawah, pengilang kecil dan rakyat terus merana demi keuntungan BERNAS. Pada ketika ini, pemborong tempatan mengenal pasti dan merunding harga daripada penjual Vietnam dan Thailand, tetapi perlu mengimport ke Malaysia melalui BERNAS. Kadar … Continue reading Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS

Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” pada 6 November 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, “… yang saya pasti dinanti-nantikan, Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang … Continue reading Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis menggesa Kerajaan Malaysia untuk segera memberi perhatian kepada negeri Sabah yang semakin mengalami kesulitan akibat wabak COVID-19. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan seperti berikut: 1. Kerajaan perlu mempercepatkan proses memberi dana kepada negeri Sabah supaya dapat mengendalikan situasi COVID-19 di Sabah. Merujuk kepada laporan Persatuan Perubatan Malaysia, … Continue reading Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air

oleh V. Selvam Krisis air di Selangor sudah tiada kesudahannya dan masalah gangguan air sudah semakin kritikal. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah tidak mampu menangani masalah pengurusan air di Selangor. PSM Selangor menggesa Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Air Selangor untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan mereka. Masalah paip pecah di … Continue reading MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bank Negara dalam kes pembuangan kerja tidak sah

Y. Kohila, seorang aktivis sosial, telah dipecat oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017 kerana penglibatannya dalam aktivisme pada masa di luar kerjanya. Antara pertuduhan terhadap Kohila adalah mengeluarkan kenyataan melalui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) untuk menyokong penyertaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pilihanraya umum dan memakai kemeja-T yang membantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) … Continue reading Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bank Negara dalam kes pembuangan kerja tidak sah

Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO

oleh M. Sivaranjani Lum Kun Tai ialah seorang balu yang menuntut pencen penakat daripada PERKESO setelah suaminya meninggal dunia pada buan November 2015. Lum Kun Tai telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1991 mengikut adat tradisi di tokong dan mempunyai 4 anak. Salah seorang anaknya merupakan OKU. Permohonan untuk pencen penakat bagi Lum Kun Tai … Continue reading Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO