oleh Gandipan Nantha Gopalan

Pemuda Sosialis menggesa Kerajaan Malaysia untuk segera memberi perhatian kepada negeri Sabah yang semakin mengalami kesulitan akibat wabak COVID-19. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan seperti berikut:

1. Kerajaan perlu mempercepatkan proses memberi dana kepada negeri Sabah supaya dapat mengendalikan situasi COVID-19 di Sabah. Merujuk kepada laporan Persatuan Perubatan Malaysia, negeri Sabah memerlukan suntikan dana yang besar dalam usaha membendung gejala ini. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk mengeluarkan dana secepat mungkin melalui cara Peringanan Kuantitatif (Quantitative Easing, QE) supaya dana tersebut boleh digunakan untuk memperkembangkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada dalam usaha membendung wabak ini.

2. Inilah masanya untuk kita tinggalkan logik ekonomi yang mendorong sistem untuk berbelanja hanya berdasarkan hasil negara. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk memberi suntikan dana untuk membantu rakyat yang memerlukan. Seperti yang kita tahu, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai kadar kemiskinan mutlak dan kadar kemiskinan relatif yang tertinggi di negara kita. Kerajaan pusat harus bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan bantuan diberi dan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.

3. Pemuda Sosialis ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengingatkan kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan dalam sistem kesihatan dan mengiktiraf sumbangan pekerja sosial pada masa yang akan datang. Wabak ini telah mendedahkan fakta kekurangan dana dalam institusi-institusi kesihatan dan menyedarkan rakyat tentang kebergantungan kita terhadap hospital-hospital kerajaan dalam menghadapi situasi kecemasan sebegini.

Pemuda Sosialis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kumpulan-kumpulan NGO dan individu-individu yang berusaha untuk membantu rakyat Sabah dari segi kewangan dan barang keperluan harian. Pemuda Sosialis ingin mengingatkan kerajaan dan ahli-ahli politik bahawa keperluan rakyat harus diutamakan terutamanya dalam jangka masa ini.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s