oleh Sharan Raj

Pemberian rebat elektrik kepada pengguna domestik rentetan daripada penurunan sementara kos bahan api kerana COVID-19 amat dialu-alukan.

Pada pebiasaan, hanya pengguna komersial dan domestik sahaja menerima rebat atau surcaj elektrik berdasarkan kos bahan api.

Namun demikian, 82% rumah di Semenanjung Malaysia menggunakan elektrik kurang 600 kWj (<RM231.80) dan rebat seharusnya dikhaskan kepada mereka sahaja.

Golongan pendapatan rendah dan sederhana, iaitu mereka yang berpendapatan paling bawah 80% (B80) memiliki sikap berhemat dalam penggunaan elektrik dan air untuk menjimatkan kos utiliti masing-masing.

Sikap pembaziran elektrik meningkat berdasarkan kadar pendapatan isi rumah dan penggunaan bertambah berlipat kali ganda oleh berpendapatan tinggi, iaitu, golongan berpendapatan teratas 20% (T20).

Pemberian rebat elektrik kepada pengguna berpendapatan tinggi akan meningkatkan pembaziran eletrik dan jejak karbon (“carbon footprint”).

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan amaran bahawa golongan berpendapatan tinggi perlu mengurangkan jejak karbon (“carbon footprint”) sebanyak 30 kali ganda untuk mengurangkan krisis iklim.

Oleh itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada kerajaan supaya meningkatkan rebat eletrik kepada isi rumah B80 dan membatalkan rebat kepada golongan berpendapatan tinggi teratas-20 (T20).

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Negeri Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s