Realitinya adalah ramai rakyat marhaen telah terkesan akibat daripada kegagalan kerajaan ini dalam menguruskan pandemik walaupun sudah mempunyai pengalaman lebih setahun. Prosedur dan SOP yang sering berubah-ubah serta tidak jelas dan konsisten telah memberikan kesan kepada orang ramai terutamanya peniaga-peniaga kecil serta peniaga bazaar di kampung yang terpaksa menanggung kerugian.
5 orang aktivis disiasat polis kerana aksi sambutan Hari Pekerja 2021
Tindakan polis melakukan siasatan terhadap aksi sambutan Hari Pekerja ini merupakan intimidasi yang berterusan terhadap aktivis-aktivis dan sedang membazirkan wang rakyat pada ketika negara kita sedang menghadapi kegawatan ekonomi.
Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis
(Berikut ialah kenyataan bersama daripada 43 buah organisasi yang dikeluarkan pada 30 April 2021.) Kami, Organisasi Sivil dan Politik yang menandatangani kenyataan mengenai Kartel Polis dan Kebebasan ini ingin menegaskan dan mengutarakan beberapa perkara penting berhubung dengan Institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti berikut: Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, semasa … Continue reading Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis
Bebaskan Fahmi Reza!
Pemuda Sosialis PSM mendesak pembebasan segera Fahmi Reza yang ditangkap polis pada 23 April 2021 di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
PETRONAS harus tarik diri sepenuhnya dari Myanmar
Untuk sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia untuk meneruskan pelaburan dan operasinya di Myanmar pada masa sekarang, bukan sahaja satu pengiktirafan kepada rejim tentera yang haram dan kejam di Myanmar, malah juga sedang membiayai tindakan zalim pemerintah tentera yang membunuh rakyatnya.
Apabila Ketua Polis Negara mengadu, siapa yang nak siasat?
Ketua Polis Negara mengadu bahawa adanya satu kartel dalam PDRM yang cuba menjatuhkannya. Apabila rakyat ada masalah, mereka akan mengadu kepada polis untuk siasatan; tetapi apabila Ketua Polis Negara sendiri yang mengadu, siapa pula yang nak siasat?
Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18
KUALA LUMPUR – 30 MAC 2021: Beberapa orang aktivis yang menyertai aksi Himpunan Tuntut Undi 18 pada 27 Mac 2021 di hadapan Bangunan Parlimen telah dipanggil untuk menghadirkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari ini untuk disoal siasat oleh polis. 6 orang aktivis telah hadir ke IPD Dang Wangi pada hari … Continue reading Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18
UMNO cuba membonsaikan rakyat Malaysia
oleh Arveent Kathirtchelvan Sandiwara UMNO terbaharu melihat Pemuda UMNO menentang fakta sejarah mengenai gerakan kiri di Malaya yang melawan penjajahan serta mendahului percubaan pembentukan masyarakat majmuk yang kekal utuh. Kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa penggolongan fakta ini dalam sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 adalah mengagung-agungkan pihak komunis. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Pemuda … Continue reading UMNO cuba membonsaikan rakyat Malaysia
Tidak teruja
oleh S. Arutchelvan Demokrat-Republikan Saya tidak teruja apabila Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat. Perasaan teruja dan keseronokan itu tiada. Ini bukan disebabkan oleh pandemik COVID-19 tetapi memang perasaan saya begitu. Mungkin saya sedikit teruja apabila Obama menjadi Presiden dulu, kerana beliau adalah Presiden Kulit Hitam pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tetapi apabila melihat tindak … Continue reading Tidak teruja
Siapa pencetus Darurat?
oleh S. Arutchelvan UMNO, krisis dan Darurat Setiap kali UMNO berada dalam krisis, jangan hairanlah jika berlaku darurat. Dan janganlah kau percaya setiap darurat itu dipanggil kerana alasan ia diisytihar. Krisis UMNO Mahathir-Razaleigh mencetuskan tindakan keras penangkapan ISA - Operasi Lalang, pemecatan Ketua Hakim Negara, pembubaran parti UMNO dan tertubuhnya Parti Semangat 46. Krisis UMNO … Continue reading Siapa pencetus Darurat?
