Jangan pakai kaca mata etnik dalam analisis isu pengusiran petani

Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.   

Adakah PSM sebuah kumpulan ekstremis?

PSM sentiasa bertindak dalam ruang demokratik yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam usaha-usaha kami untuk memperjuangkan isu-isu rakyat, dan kami mengalu-alukan lebih ramai rakyat pelbagai kaum untuk menyertai perjuangan PSM supaya mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni yang berasaskan solidariti antara rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Durian yang berduri

Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak menebang habis kebun durian di Raub baru-baru ini. Ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat terhadap petani durian di Raub. Sama ada tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan pada tahun yang lalu, Kerajaan Negeri dan petani-petani adanya pendirian yang masing-masing.

Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Rencana khas Hari Wanita Antarabangsa) Masyarakat manusia dibentuk oleh lelaki, wanita dan golongan minoriti seksual yang lain. Proses kemajuan masyarakat merupakan hasil usaha manusia daripada semua gender, bukannya satu-satu gender sahaja. Walaupun sistem patriarki mendominasi pada kebanyakan masa sepanjang sejarah kewujudan masyarakat kelas di dunia ini, tetapi golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting … Continue reading Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat