sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerajaan kleptokrat masih mendabik dada mengagumi kehebatan mereka. Jutaan ringgit ditaburkan kepada rakyat untuk memastikan mereka kekal diberi mandat untuk mentadbir. Bukan itu sahaja, kempen politik kebencian turut diadakan. Pelbagai isu sensitif ditiupkan termasuklah berkaitan perkauman, keagamaan dan lain-lain lagi. Kesemua parti lawan menjadi mangsa kerajaan kleptokrat. Gabungan … Continue reading (Cerpen) Hari itu hari Rabu
Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
oleh Shazni Bhai Setelah kejatuhan Paris Commune, dia bersembunyi dari penguasa dan menghadapi ancaman bunuh. Eugene Pottier, seorang pekerja pengangkutan telah menulis puisi yang panjangnya 6 stanza ketika melarikan diri ke London pada Jun 1871. Puisi itu berjudul L’internationale. Pottier telah memuatkan puisi ini ke dalam koleksi karyanya “Chants Revolutionaires”. 17 tahun kemudiannya, Pierre Degeyter … Continue reading Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
(Cerpen) Aku penjaja jalanan
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Aku mula mengaut rezeki sebagai penjaja jalanan sejak beberapa bulan lepas. Di bahu jalan raya yang berbekalkan ruang sedikit inilah, aku menapak dan membuka kanopi kecil untuk berlindung daripada hujan dan terik mentari demi satu tujuan. Rezeki! Berbekalkan resepi tradisi yang diturunkan oleh arwah mak kepada aku, hari … Continue reading (Cerpen) Aku penjaja jalanan
(Cerpen) Wira yang tak didendang
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka … Continue reading (Cerpen) Wira yang tak didendang
(Cerpen) Diari anak buruh
sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Dalam keadaan samar-samar bertemankan segaris cahaya yang masuk melalui lubang celah pintu, aku dapat melihat ayah sedang bersiap untuk pergi ke kerja. Ayah sengaja tidak menghidupkan suis lampu kerana dia tidak mahu aku terjaga dari lelapku. Perlahan-lahan aku menarik jam yang terdapat di kepala katilku. Baru pukul 4.50 pagi. … Continue reading (Cerpen) Diari anak buruh
(Cerpen) Cikgu Haiza
sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Haiza terkedu membaca surat yang baru saja diterimanya itu. Hatinya seolah-olah hancur meneliti setiap bait-bait kata yang terkandung dalam surat itu. Setiap isi dalam surat itu seolah-olah membunuhnya. Mimpi ngeri yang selalu menerpanya kini menjadi kenyataan. Haiza akan ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman di negeri Sarawak. Keputusan pertukaran ini … Continue reading (Cerpen) Cikgu Haiza
PK – Mencari tuhan
oleh Shazni Bhai Watak utama dalam filem ini yang dikenali sebagai PK ialah suatu makhluk asing yang telah terdampar ke bumi. Tetapi ini bukanlah filem yang mempersoalkan kewujudan makhluk lain di luar planet bumi. Yang menjadi fokus untuk persoalan ialah penduduk bumi ini sendiri. Durasi untuk filem ini lebih daripada 3 jam. Kalian faham sajalah, … Continue reading PK – Mencari tuhan