38912522_515651122221397_5549578473531506688_n

Filem drama aksi jenayah “One Two Jaga” arahan Namron patut ditonton sekiranya anda menghargai pembikinan filem tempatan yang berkualiti dan penuh keikhlasan. Filem ini tiadanya aksi yang hebat, tiadanya “special effect” yang menggunakan CGI, tetapi penceritaannya yang padat dengan adegan yang mencerminkan realiti sosial dan mengemukakan kritikan sosial tanpa berkuliah panjang lebar.

41129117_536847960101713_2159537911802888192_n

Filem “One Two Jaga” mendedahkan sisi gelap pasukan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang tidak asing lagi bagi ramai rakyat Malaysia, di samping memaparkan nasib pahit dan cabaran hidup yang dihadapi oleh pekerja migran termasuk mereka yang tanpa dokumen (digelar “pendatang haram” oleh penguasa) di negara kita.

Penceritaan dalam filem “One Two Jaga” berkisar pada 2 jalan cerita utama, iaitu kisah kehidupan sepasang adik-beradik migran dari Indonesia, dan sepasang anggota polis di mana seorang yang lama bertugas bersama seorang yang baru. Cerita ini berlaku dalam satu hari, dan dua jalan cerita utama itu akhirnya “bertemu” dengan pemeriksaan dua orang polis itu terhadap adik perempuan Indonesia yang sedang bersembunyi, dan mencapai klimaksnya dalam pertembungan yang penuh dengan ketegangan dalam hujan lebat.

41033368_536847880101721_8097987358583947264_n

Watak polis muda Hussein (lakonan Zahiril Adzim) nampaknya seorang yang baru menyertai pasukan polis yang ingin memperbetulkan perkara yang tidak betul dalam pasukan polis itu sendiri; manakalan watak polis yang lama (lakonan Rosdeen Suboh) pula sudah biasa dengan amalan rasuah dan cuba mengutip lebih banyak wang untuk memberi satu kehidupan yang lebih baik kepada keluarganya. Malah, seteruk Hassan itu mengambil rasuah beberapa ratus ringgit itu, “plot twist” yang paling “mengejutkan” adalah pegawai atasan mereka terlibat dengan kegiatan rasuah yang lebih besar.

Polis muda Hussein itu walaupun cuba menjadi seorang polis yang baik, tetapi dia nampaknya bersikap “xenofobia” dan penuh dengan prejudis terhadap pekerja migran, kerana dia anggap semua pekerja migran itu “pendatang haram”. Apabila Hussein mensyaki Adi (lakonan Amerul Affendi) itu juga seorang pendatang haram tetapi hakikatnya dia warganegara Malaysia, Hussein pula mensyaki dia dapat kewarganegaraan dengan caranya mendapatkan kewarganegaraan. Prejudis Hussein yang mendalam terhadap pekerja migranlah yang menyebabkan tragedi berdarah yang melanda pada akhirnya.

Filem “One Two Jaga” mencerminkan realiti masyarakat Malaysia dari rasuah di kalangan penguatkuasa hinggalah kepahitan hidup masyarakat migran. Banyak unsur-unsur tentang realiti masyarakat dalam filem ini, penyelewengan kuasa dalam pasukan penguatkuasa, rasuah, sindiket pemerdagangan manusia, pembantu rumah yang melakukan kerja lain tanpa dibayar, pekerja migran yang terpaksa dijadikan tanpa dokumen, pelarian Rohingya dan sebagainya. Filem ini membolehkan para penonton merenung dan berfikir lebih mendalam tentang realiti masyarakat kita selepas keluar dari panggung wayang.

Filem ini juga memaparkan wajah masyarakat Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian budaya, dengan pelakon dari pelbagai latar belakang etnik, termasuk pelakon Indonesia dan Filipina. Memang “Malaysia, Truly Asia!”!

41294252_536847893435053_8661387415987945472_n

Filem “One Two Jaga” merupakan sebuah filem yang mendekati masyarakat kita. Filem ini adalah tentang tragedi di sebalik sisi gelap masyarakat kita. Namun, malangnya filem dianggap tiada nilai “komersial” sehingga sambutan terhadap filem ini pun mungkin menjadi tragedi. Tidak banyak pawagam yang menayangkan filem ini, begitu juga tidak ramai penonton yang bergegas untuk menontonnya. Mungkin kena sampai pengarah filem Namron membuat filem lucah selepas ini baru mendapat sambutan hebat…

“One Two Jaga” diarahkan oleh Namron, dengan skrip ditulis oleh Namron, Pitt Hanif , Ayam Fared, Amri Rohayat, Muhammad Syafiq. Filem dibintangi oleh Zahiril Adzim, Ario Bayu, Rosdeen Suboh, Asmara Abigail, Amerul Affendi, Chew Kin Wah, Timothy Castillo, Iedil Putra, Along Eyzendy, Azman Hassan, Izuan Fitri, Vanida Imran, Anne James, Sabri Yunus, dan pengarah sendiri sebagai watak Dato’ yang merupakan ketua sindiket jenayah. Penerbit filem ini ialah Rozi Izma Abdul Karim dan Bront Palarae.

40912898_536847980101711_8636802958761132032_n

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *