Perjuangan rakyat Palestin untuk pembebasan ialah perjuangan yang melawan rasisme, kolonialisme dan imperialisme. Perjuangan mereka memerlukan sokongan dan solidariti daripada sesiapa yang berkomitmen dalam anti-rasisme, anti-kolonialisme dan anti-imperialisme.
Nakba: Perjuangan pembebasan rakyat Palestin tetap berterusan
15 Mei ialah Hari Nakba. Nakba bermaksud kehancuran ataupun malapetaka. Hari Nakba ialah hari untuk memperingati sejarah pedih rakyat Palestin yang diusir keluar dari kampung halaman mereka oleh Kerajaan Zionis Israel pada tahun 1948.
Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin
Dari pengusiran paksa terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur sehingga serangan udara ke atas Gaza, Kerajaan Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin baru-baru ini dan menjadikan konflik Palestin-Israel memuncak ke tahap yang paling serius sejak Perang Gaza 2014.
Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.
India: Fron Demokratik Kiri kekal memerintah Kerala
Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun kebelakangan ini bagi sebuah gabungan politik yang sama membentuk kerajaan negeri untuk dua penggal berturut-turut di negeri Kerala, India.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2021 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2021 di seluruh dunia...
Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)
Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.
Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP
Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!
AS: Lagi keganasan polis dan protes jalanan
Protes tercetus di Amerika Syarikat selepas Daunte Wright, seorang warga Amerika Afrika berumur 20 tahun yang tidak bersenjata, ditembak mati oleh seorang pegawai polis di bandar Brooklyn Center, Minnesota, negeri di mana berlakunya pembunuhan George Floyd pada bulan Mei 2020.
PETRONAS harus tarik diri sepenuhnya dari Myanmar
Untuk sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia untuk meneruskan pelaburan dan operasinya di Myanmar pada masa sekarang, bukan sahaja satu pengiktirafan kepada rejim tentera yang haram dan kejam di Myanmar, malah juga sedang membiayai tindakan zalim pemerintah tentera yang membunuh rakyatnya.
