Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.
Manifesto Antarabangsa untuk Kehidupan
Dengan menyatukan kuasa rakyat yang anti-imperialis di seluruh dunia, kita boleh memajukan perjuangan kita dalam mempertahankan kemanusiaan daripada ancaman kapitalisme.
Myanmar: Pemerintah tentera menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan pembunuhan besar-besaran
Pemerintah tentera Myanmar menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan perarakan ketenteraan di ibu negara Myanmar dan pembunuhan besar-besaran yang menjadikan angka kematian pada hari itu paling tinggi dalam tempoh masa hampir dua bulan sejak rampasan kuasa tentera di negara itu.
Projek Bandung: Jalan berliku-liku pembebasan Dunia Ketiga
Walaupun Dasasila Bandung tidak menyatakan tentangan terhadap sistem kapitalis global, tetapi jalan pembebasan yang diterokai oleh negara-negara yang baharu merdeka pada masa itu yang bebas daripada cengkaman hegemoni imperialis telah memberikan banyak inspirasi kepada perjuangan rakyat, dan mencabar kuasa-kuasa besar yang bersaing sesama sendiri dalam Perang Dingin.
Jerman: Kepimpinan baharu dalam Parti Kiri untuk hadapi cabaran pilihanraya
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah parti Die Linke memilih dua orang pengerusi wanita, dan juga merupakan satu-satunya parti di Jerman yang dipimpin bersama oleh dua orang wanita.
Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian
Kerajaan Turki di bawah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang semakin bersifat authoritarian sedang mencuba untuk menghancurkan parti pembangkang berhaluan kiri yang utama di negara itu, dengan tindakan terbarunya adalah melancarkan prosiding mahkamah untuk mengharamkan Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang mendapat sokongan daripada jutaan rakyat Turki. Pada 17 Mac 2021, pihak pendakwaraya Turki telah memfailkan … Continue reading Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian
(Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di merata tempat di seluruh dunia untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan masyarakat yang berkaitan dengan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa biasanya disambut dalam pelbagai bentuk aksi seperti perhimpunan awam, perarakan jalanan dan sebagainya. Dunia kita telah terjerumus dalam krisis yang mendalam pada ketika ini, dengan krisis penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia
Hong Kong: 47 orang didakwa subversif kerana terlibat dalam pemilihan awal dewan perundangan
(foto: League of Social Democrats) 47 orang aktivis pro-demokrasi Hong Kong didakwa di bawah undang-undang keselamatan negara pada 1 Mac 2021 dan dinafikan ikat jamin, hanya kerana mereka mengambil bahagian dalam pemilihan awal untuk calon Pilihanraya Dewan Perundangan Hong Kong pada tahun 2020. 55 orang telah ditangkap pada bulan Januari 2021 dalam satu operasi penangkapan … Continue reading Hong Kong: 47 orang didakwa subversif kerana terlibat dalam pemilihan awal dewan perundangan
Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang
(foto: Reuters) 28 Februari 2021 merupakan hari yang paling berdarah di Myanmar selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada empat minggu sebelum ini. Menurut maklumat yang diterima oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seramai 18 orang mati dan ramai lagi yang cedera pada 28 Februari 2021 akibat daripada tindakan keras yang diambil … Continue reading Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang
Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera
(foto: Reuters) Parti-parti Kiri di Asia Tenggara, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Partai Rakyat Pekerja (PRP) dari Indonesia, Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina dan Socialist Workers dari Thailand, menyatakan solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Myanmar yang sedang melawan kudeta tentera untuk menegakkan demokrasi. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 23 Februari 2021, … Continue reading Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera
