Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) muncul sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihanraya Persekutuan Jerman yang menandakan permulaan zaman pasca Merkel. SPD hendak membentuk kerajaan campuran “Pakatan Lampu Isyarat Trafik” dengan FDP dan Grüne.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.
Pilihanraya Norway: Pengundi alih sokongan kepada Blok Kiri
Parti Buruh kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen Norway dan kembali membentuk kerajaan selepas 8 tahun, dengan cabaran membaikpulihkan sistem negara kebajikan, mengurangkan jurang kekayaan dan mengalihkan ekonomi keluar daripada kebergantungan terhadap sumber minyak untuk menangani krisis iklim.
Afghanistan: Neraka ciptaan imperialisme
Kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) telah menduduki Afghanistan untuk hampir 20 tahun dengan alasan membanteras keganasan dan mewujudkan demokrasi di negara Asia Tengah itu. Namun, apabila tentera AS dan sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalkan Afghanistan baru-baru ini, Taliban mengambil alih negara itu daripada kerajaan pusat yang disokong oleh AS dalam masa yang sangat singkat. Pengembalian Taliban sebagai kuasa yang memerintah Afghanistan menandakan kegagalan imperialis AS yang paling memalukan setakat ini dalam abad ke-21.
Laporan IPCC: Kod merah untuk umat manusia hadapi krisis iklim
Laporan IPCC terbaru mengemukakan fakta bahawa secara jelasnya aktiviti manusia telah memanaskan planet Bumi kita pada kadar yang tidak pernah wujud dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini berbanding 2,000 tahun dahulu.
Guatemala: Protes rakyat tuntut perletakan jawatan Presiden Giammattei
Ribuan rakyat Guatemala telah berdemonstrasi sejak 29 Julai 2021 di tempat-tempat yang berlainan di negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Alejandro Giammattei sebagai Presiden Guatemala.
Protes anti-G8 di Genoa 2001: Perjuangan anti-kapitalis masih berterusan
20 tahun selepas protes anti-G8 di Genoa, perjuangan untuk alternatif kepada kapitalisme masih berterusan…
100 tahun Parti Komunis China
Parti Komunis China merupakan produk kebangkitan kesedaran pembebasan nasional rakyat China dan perjuangan massa dalam usaha menentang imperialisme, membebaskan masyarakat daripada feudalisme, melawan kolonialisme, menghapuskan penindasan kelas dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Parti Komunis China lahir dalam gelombang revolusi yang hebat dan mempengaruhi trajektori sejarah China dalam tempoh masa satu abad selepasnya…
Peru: Pedro Castillo menang pilihanraya, Keiko Fujimori berlagak seperti Trump
Demokrasi di Peru sedang diancam kerana ahli politik berhaluan kanan yang kalah dalam Pilihanraya Presiden di negara Amerika Selatan itu cuba meniru gelagat Donald Trump dan hendak mengubah keadaan kekalahannya dengan taktik anti-demokratik yang kotor.
Planet mendahului keuntungan – Hanya satu Bumi
Menghentikan barbarisme kapitalis merupakan tugas utama zaman kita. Kita perlu menamatkan dominasi modal terhadap kehidupan demi mewujudkan sebuah dunia yang adil, egalitarian dan bersemangat, agar kita semua dapat hidup dengan baik dan aman.
