15 MAC 2023 – KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu memorandum yang disokong oleh 14 buah organisasi di Malaysia kepada Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah di Malaysia dan Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menyatakan kebimbangan terhadap perang di Ukraine yang masih berterusan, dan menggesa untuk gencatan senjata serta … Continue reading Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!
(Galeri gambar) Bagaimana Hari Wanita Sedunia disambut pada tahun 2023?
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di merata tempat di dunia.
Hugo Chávez (1954-2013): Peneraju anti-imperialisme dan Sosialisme Abad ke-21
Rencana khas sempena ulangtahun ke-10 pemergian Hugo Chávez.
Setahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
Perang di Ukraine perlu ditamatkan sekiranya kita hendak mengelakkan kesan-kesan bersifat malapetaka yang lebih lanjut. Konflik ketenteraan yang berpanjangan tidak akan memanfaatkan sesiapa pun kecuali pembuat senjata atau kompleks ketenteraan-perindustrian.
15 Februari 2003: Rakyat sedunia bangkit bantah perang imperialis
15 Februari 2003 ialah satu hari yang amat bersejarah dalam gerakan sosial sedunia apabila jutaan rakyat dari seluruh pelosok dunia turun beraksi di jalanan untuk menentang perang! (Rencana khas ulangtahun ke-20 aksi protes anti-perang antarabangsa yang terbesar dalam sejarah dunia.)
Kenyataan simpati dan solidariti mengenai gempa bumi Turki-Syria
PSM bersimpati dengan semua mangsa gempa bumi Turki-Syria, dan bersolidariti dengan semua penyelamat yang berani mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang.
Perancis: Pekerja protes lagi untuk lawan serangan Macron ke atas pencen
Gelombang protes dan mogok melanda Perancis lagi untuk membantah rancangan Presiden Emmanuel Macron yang hendak meningkatkan umur persaraan dari 62 tahun kepada 64 tahun.
UK: Pekerja mogok tuntut gaji mampu sara hidup
Lebih 500,000 orang pekerja di negara UK bermogok pada 1 Februari 2023 untuk memperjuangkan gaji mampu sara hidup dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat.
Peru: Rakyat miskin protes lawan rejim kudeta
Rakyat Peru berprotes untuk menuntut perletakan jawatan segera Dina Boluarte sebagai Presiden Peru, pembubaran Kongres Peru yang dikuasai oleh golongan berhaluan kanan, pilihan raya baharu dan pembentukan Perhimpunan Perlembagaan untuk mengubah Perlembagaan 1993 negara itu.
Perancis: Protes dan mogok pekerja bantah peningkatan umur persaraan
Pekerja-pekerja Perancis bermogok dan berprotes untuk menyuarakan bantahan terhadap rancangan Presiden Emmanuel Macron yang hendak meningkatkan umur persaraan di negara itu dari 62 tahun kepada 64 tahun.
