Modal penyerang

Sifat pengembangan dalam sistem kapitalisme, tambahan pula dengan eksploitasi terhadap golongan menengah dan bawahan serta alam sekitar yang disebabkan oleh penyahkawalseliaan modal, telah mengakibatkan dilema hari ini. Modal yang penyerang telah menyebabkan kita kehilangan sekurang-kurang 30 tahun yang bernilai.

Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.

Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Continue reading Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Pengawal kem tahanan hari ini, pelarian iklim hari esok

Siri Pemanasan Global (3) oleh Brian Khow Sebuah pulau yang terpencil di tengah-tengah Lautan Pasifik Selatan boleh dijadikan contoh untuk keganasan yang disebabkan oleh pemanasan global. Marilah kita mendalami kisah benar mengenai pulau ini yang merupakan mangsa kapitalisme global. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, negara pulau yang dikenali sebagai Republik Nauru, yang hanya mempunyai keluasan … Continue reading Pengawal kem tahanan hari ini, pelarian iklim hari esok

Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion

oleh Sharan Raj Pada dekad ini (2021-2030), Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengimport arang batu sebanyak 374 juta tan metrik (MMT) bernilai RM150 bilion. Pada tahun 2020, hampir 66% permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia yang dijana oleh TNB adalah daripada arang batu yang diimport sepenuhnya. Kebergantungan kepada arang batu import memudaratkan ekonomi, nilai matawang Ringgit, … Continue reading Beralih dari penjanaan kuasa dengan arang batu: Labur RM10 bilion untuk jimat RM150 bilion

Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara

oleh Sharan Raj Pada 19 Februari 2021, Semenanjung Malaysia telah menerima sebuah stesen janakuasa baru di Pasir Gudang, iaitu Southern Power Generation (SPG) dengan kapasiti 1,440MW. Jumlah kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia kini telah mencapai hampir 26,000MW, tetapi kapasiti permintaan harian tidak melebihi 17,000MW[JC1] . Maka, jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab … Continue reading Hentikan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang bebankan rakyat dan negara

Dunia pemanasan yang penuh keganasan

Siri Pemanasan Global (2) oleh Brian Khow Kita sedang berada dalam sejenis budaya yang tidak mempedulikan kehidupan masyarakat bawahan yang susah dan membiarkan umat manusia ditenggelamkan di bawah ombak atau mereput dalam pusat tahanan. Budaya sebegini juga membiarkan kampung halaman masyarakat bawahan dimusnahkan dalam ombak atau layu dalam keadaan panas terik. Inilah dunia bertamadun yang … Continue reading Dunia pemanasan yang penuh keganasan

MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) mengadakan satu sidang akhbar secara atas talian pada hari ini (4 Februari 2021), untuk menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor kebelakangan ini berkenaan dengan rancangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Gabungan PHSKLU terdiri daripada organisasi-organisasi yang prihatin pada isu perlindungan hutan dan … Continue reading MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang ingin mengemukakan pandangan mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKKBB) 2020 (Penggantian) yang mengandungi beberapa masalah dan kelemahan yang membimbangkan. Visi dan teras yang bercanggah Kesilapan yang paling serius ialah menetapkan Visi RKKBB 2020(P) untuk “Transformasi Bukit Bendera sebagai Destinasi Pelancongan Bernilai Tinggi” [rujuk … Continue reading Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)