Keputusan pengundian yang menggalakkan untuk Lula telah memberi harapan baharu kepada rakyat Brazil untuk mengubah haluan negara itu daripada kehancuran yang dibawa oleh pemerintahan Bolsonaro.
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
Deklarasi Hari Habitat 2022: Perumahan bukan untuk keuntungan
Adalah hak rakyat untuk ditawarkan skim perumahan selesa mampu milik/sewa yang bukan berlandaskan keuntungan.
Jangan halalkan kemusnahan hutan – Bantahan terhadap kenyataan MB Selangor berkenaan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah
Walaupun sudah memerintah untuk 14 tahun di Selangor, amat menghairankan bahawa MB Selangor tidak boleh mengubah keputusan kerajaan BN.
Kuba: Referendum rakyat luluskan Kanun Keluarga yang paling progresif
Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.
Iran: Kematian Mahsa Amini cetus gelombang protes besar-besaran
Laungan slogan “Zan, Zendegi, Azadi!” (bermaksud “Wanita, Hidup, Kebebasan!” dalam Bahasa Parsi) menggegarkan jalanan negara Iran dalam gelombang protes besar-besaran yang tercetus berikutan kematian Mahsa Amini di bawah tahanan pihak berkuasa negara itu.
JSML bantah tindakan majikan Ladang Windsor usir pekerja secara paksa
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) membantah tindakan majikan Ladang Windsor yang melakukan pengusiran paksa melalui tindakan mahkamah terhadap tiga orang pekerja ladang yang menuntut Skim Perumahan Ladang.
Pekerja kilang bateri bantah majikan yang bawa masuk peguam dalam rundingan CA
Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Lektrik (EIWU) berpiket di hadapan kilang GS Yuasa Battery untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan pihak majikan membawa masuk peguam ke dalam rundingan perjanjian bersama (CA) yang menjejaskan keharmonian industri.
Komuniti berisiko tinggi diancam kelonggaran peraturan pakai pelitup muka
Keputusan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam meninggikan risiko semua orang dijangkiti COVID-19, lebih-lebih lagi orang kurang upaya, orang dengan sistem keimunan yang terkompromi, warga emas, dan orang yang mempunyai kondisi sedia ada.
SIP gagal lindungi pekerja kontrak
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
