Imbas kembali sepintas lalu sebahagian pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di dalam negara Malaysia sepanjang tahun 2022.
Kerajaan harus kaji semula ratifikasi CPTPP yang jejaskan petani
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.
Inflasi? Diagnosis salah mendatangkan kesan buruk
Pengurusan inflasi, kawalan harga, kedaulatan makanan dan misi pembasmian kemiskinan harus diselaraskan ke arah program bersama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Keputusan tangguh pelaksanaan gaji minimum langsung tidak adil pada pekerja
Kerajaan harus menyediakan satu tabung untuk memberi subsidi upah kepada setiap pekerja dalam kategori perniagaan mikro untuk enam bulan yang akan datang.
Sangat mengecewakan untuk Kerajaan Perpaduan ikut kehendak MEF dalam penangguhan pelaksanaan gaji minimum
Kerajaan Perpaduan sepatutnya mensubsidi peniaga-peniaga kecil dalam pembayaran gaji minimum, bukannya menangguhkan lagi pembayaran itu untuk 6 bulan lagi.
Peningkatan inflasi menyebabkan penurunan ketara gaji sebenar – Laporan Gaji Global 2022-2023
Inflasi juga menjejaskan kuasa beli golongan pekerja yang menerima gaji minimum. Menurut anggaran Laporan Gaji Global 2022-2023, walaupun pelarasan nominal telah dibuat, tetapi inflasi harga barangan yang hebat sedang menghakis nilai sebenar gaji minimum dengan cepatnya di banyak negara.
Tanah runtuh dan banjir: Kerajaan harus utamakan isu alam sekitar dan isytihar Darurat Iklim
Tragedi tanah runtuh dan banjir besar ialah amaran kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia bahawa sistem kapitalis yang hanya berlandaskan keuntungan tanpa menjaga alam sekitar dan kesejahteraan rakyat hanya akan menyebabkan rakyat marhaen merana.
Kekalkan Hutan Simpan di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor harus bertindak dengan segera untuk mengekalkan segala hutan simpan kekal serta kawasan sensitif alam sekitar lain.
Bekas pekerja 5 ladang di Selangor diancam pengusiran
Lebih 80 orang bekas pekerja ladang di 5 buah ladang di Daerah Hulu Selangor dan Daerah Kuala Selangor diancam pengusiran daripada pihak pemaju sedangkan janji untuk membina rumah alternatif bagi mereka masih belum ditunaikan lagi.
Kemahakuasaan atau kekhayalan teknologi (Bahagian 3)
Kita hanya berpeluang untuk terus hidup dengan maruah yang sedia ada dan keluar daripada kesusahan sekiranya kita dapat mengenal pasti dan meninggalkan loji janakuasa pengumpulan modal.
