8 Mac setiap tahun, menandakan Hari Wanita Antarabangsa. Hari yang bermakna ini didedikasi kepada semua wanita yang telah berjuang untuk menegakkan hak wanita dan kesamarataan gender. Hari Wanita Antarabangsa mempunyai sejarah asal usul yang radikal dan revolusioner. Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya lahir daripada gerakan sosialis lebih seratus tahun dahulu. Asal usul yang radikal Pada penghujung … Continue reading Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas
KPM jangan cuci tangan daripada perlindungan untuk ribuan pekerja kontrak yang hilang kerja
oleh Mohanarani Rasiah Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (Berita Harian online 26/2/19) yang menafikan peranan Kementerian dalam isu kehilangan kerja 12,000 orang pengawal keselamatan dan mungkin lebih ramai pekerja pembersihan di sekolah-sekolah kerajaan . Perkara ini berlaku berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pada permulaan tahun ini, sebilangan … Continue reading KPM jangan cuci tangan daripada perlindungan untuk ribuan pekerja kontrak yang hilang kerja
Mana perginya wang pampasan pengambilan tanah Gugusan Dedap untuk pembinaan Lebuhraya DASH?
PETALING JAYA, SELANGOR – 4 MAC 2019: Penduduk-penduduk dan pemilik-pemilik unit Blok 1 hingga 5 Pangsapuri Gugusan Dedap di Kota Damansara telah menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari ini, dengan membawa persoalah tentang wang pampasan pengambilan tanah Gugusan Dedap Kota Damansara untuk projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansaran – Shah Alam … Continue reading Mana perginya wang pampasan pengambilan tanah Gugusan Dedap untuk pembinaan Lebuhraya DASH?
Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah
oleh Nik Aziz Afiq Terima kasih semua! Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik. Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik. Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya … Continue reading Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah
PRK Semenyih: Rakyat masih belum bersedia untuk alternatif ketiga
oleh S. Arutchelvan Berdasarkan keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih, Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menyatakan bahawa PSM menerima hakikat bahawa PSM telah kalah dan gagal mendapat balik deposit dalam PRK Semenyih kali ini. Keputusan ini walaupun pedih, tetapi mengambarkan hakikat keadaan politik negara kita hari ini di mana pengundi masih belum bersedia untuk menerima alternatif … Continue reading PRK Semenyih: Rakyat masih belum bersedia untuk alternatif ketiga
PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor
Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula satu kerusi DUN Selangor daripada Pakatan Harapan (BN). BN sekarang ini menguasai 5 kerusi dalam DUN Selangor bersama dengan PAS yang ada 1 kerusi, sementara PH masih memegang 50 kerusi. Ini merupakan satu amaran kepada Kerajaan … Continue reading PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor
(Galeri gambar) Warna-warni sekitar kempen PSM dalam PRK Semenyih
Koleksi gambar-gambar kempen Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK Semenyih. (Bahagian 2) Koleksi gambar (bahagian 1)
Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih
SEMENYIH, SELANGOR – 1 MAC 2019: “Kami telah melakukan yang sebaik mungkin untuk menampilkan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkualiti sebagai pilihan untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan kini terletak dalam tangan pengundi Semenyih untuk menentukan siapa yang bakal dipilih menjadi ADUN Semenyih,” begitu katanya S. Arutchelvan selaku Pengarah Jentera Kempen … Continue reading Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih
Menteri jangan jadi jurucakap majikan
SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: “Menteri perlu berhenti menjadi jurucakap untuk majikan. Jika hendak menjadi jurucakap untuk majikan, lebih baik meletak jawatan dan bekerja terus untuk Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF),” begitunya seruan daripada S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu sidang akhbar khas pelancaran talian hotline aduan gaji minimum yang … Continue reading Menteri jangan jadi jurucakap majikan
PSM lancar hotline aduan gaji minimum
SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil kesempatan Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih untuk melancarkan semula hotline aduan gaji minimum. Pelancaran yang dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Pusat Khidmat PSM Semenyih pada hari ini, dihadiri oleh M. Sivaranjani (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM), S. … Continue reading PSM lancar hotline aduan gaji minimum
