20190417 - jtk2a.jpgIPOH – 17 APRIL 2019: Pekerja-pekerja pembersihan dari Politeknik Ungku Omar telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak pagi tadi, untuk membantah terhadap penindasan oleh majikan dan kegagalan Jabatan Tenaga Kerja dalam menyelesaikan aduan mereka.

Pekerja-pekerja ini diupah oleh kontraktor yang mendapat kontrak pembersihan untuk Politeknik Ungku Omar. Seramai 7 orang pekerja membawa masalah mereka kepada perhatian Jabatan Tenaga Kerja hari ini. Masalah yang dihadapi pekerj-pekerja ini termasuk:

  • Seorang pekerja telah diberhentikan kerja serta-merta oleh majikannya ST Power Skill Facilities Services, kontraktor pembersihan untuk Politeknik Ungku Omar, kerana pengurangan tenaga kerja.
  • Majikan tidak membayar caruman KWSP sejak tahun 2016.
  • Gaji yang dibayar hanya RM950 sebulan sahaja sedangkan gaji minimum ialah RM1,000.
  • Tiada cuti tahunan untuk pekerja.

Pekerja-pekerja ini telah membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ipoh pada 8 Januari 2019, tetapi tiada apa-apa penyelesaian dan masalah yang sama masih berterusan untuk 3 bulan yang lalu. Oleh itu, pekerja-pekerja berprotes di hadapan Jabatan Tenaga Kerja untuk menuntut penyelesaian segera.

Berikutan protes hari ini, pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja telah berjumpa dengan pekerja-pekerja berkenaan. Penolong Pengarah JTK Nooraini yang bertemu dengan pekerja berjanji untuk mengadakan satu perjumpaan antara pekerja-pekerja dengan pihak majikan untuk membincangkan penyelesaian masalah mereka. Pihak JTK juga menegaskan bahawa pihak majikan perlu membayar segala gaji yang tidak dibayar mengikut tetapan Perintah Gaji Minimum.

Turut bersama dengan pekerja-pekerja pembersihan yang berprotes pada hari ini ialah M. Sarasvathy, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

4 thoughts on “Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar protes tuntut hak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *