20190420 - CA.jpgPekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis akan dilindungi perjanjian kolektif yang sedang dirundingkan antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan.

Pada 19 April 2019, Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia telah mengadakan rundingan kolektif untuk pusingan pertama dengan pihak majikan, NS Medik Sdn Bhd, di Ipoh, Perak. Rundingan kolektif ini telah dihadiri 5 orang wakil daripada pihak majikan, sementara 35 orang wakil pekerja turut menyertainya.

Pihak kesatuan sekerja telah mengemukakan sebanyak 43 tuntutan kepada pihak majikan untuk dibincangkan secara bersama. Secara dasarnya, kebanyakan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak kesatuan telah dipersetujui oleh pihak majikan, tetapi belum lagi dimuktamadkan kerana berkemungkinan akan diubahsuaikan lagi sebelum dilaksanakan. Tuntutan yang melibatkan kewangan seperti gaji, bonus dan waktu kerja akan dibincangkan selanjutnya dalam rundingan untuk perjanjian kolektif dalam tempoh masa sebulan lagi.

Bagi pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan, proses rundingan kolektif dapat diadakan merupakan satu pencapaian yang penting dalam perjuangan mereka untuk menuntut perlindungan hak pekerja.

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat pengiktrafan untuk mewakili pekerja-pekerja pembersihan yang diupah oleh syarikat NS Medik Sdn Bhd, setelah memperoleh undian majoriti yang berpihak kepada kesatuan dalam proses pengundian yang diadakan pada tahun lalu, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Pengundian sulit untuk pengiktirafan kesatuan telah diadakan pada 24 September hingga 30 Oktober 2018.

NS Medik Sdn Bhd ialah kontraktor yang dilantik oleh Edgenta Mediserve untuk pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di 32 buah hospital kerajaan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Syarikat Edgenta Mediserve, sebuah anak syarikat kepada UEM Group yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad, merupakan pemegang konsesi untuk membekalkan perkhidmatan sokongan (termasuk perkhidmatan dobi, pembersihan, penyelenggaraan kejuruteraan, penyelenggaraan kejuruteraan bio-perubatan, pengurusan sisa-sisa dan pengurusan kemudahan) di hospital-hospital berkenaan. Pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan, khususnya pekerja-pekerja pembersihan yang semuanya merupakan golongan B40 (golongan berpendapatan terbawah 40%), menghadapi pelbagai masalah berkenaan dengan gaji, jaminan kerja dan kebajikan pekerja, menyebabkan mereka bertekad untuk memperjuangkan layanan kerja yang lebih baik melalui kesatuan sekerja.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia telah mendapat Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM pada tahun lalu atas usaha gigih ahli-ahli kesatuan ini dalam memperjuangkan hak kesatuan.

20190420 - CA2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s