(Kemaskini 23 Disember 2019: Aktivis buruh Xiangzi yang ditangkap pada 17 Disember 2019 telah disahkan dikenakan penahanan administratif, iaitu penahanan tanpa bicara, selama 15 hari mulai 18 Disember 2019 di Pusat Tahanan Yuexiu, atas alasan "mencari gaduh dan memprovokasi kekecohan. Walaupun dianggarkan akan dibebaskan pada 3 Januari 2020, tetapi terdapat pengalaman lampau di mana orang … Continue reading China: Aktivis yang prihatin pada pekerja pembersihan ditangkap
Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?
oleh S. Arutchelvan Merujuk kepada pengumuman Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini bahawa gaji minimum akan dinaikkan ke RM1,200 sebulan di 57 buah bandar sementara gaji minimum akan kekal pada RM1,100 sebulan untuk semua tempat lain di negara kita. Kenapa tidak terus menjadikannya gaji minimum RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020? Malaysia sepatutnya sudah menjadi … Continue reading Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?
Gaji minimum RM1,200 untuk 57 buah bandar mulai 1 Januari 2020
Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa gaji minimum dinaikkan ke RM1,200 sebulan untuk 57 kawasan bandar utama di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Gaji minimum untuk semua tempat selain daripada 57 bandar ini akan kekal RM1,100 sebulan. Keputusan untuk menaikkan gaji minimum di bandar utama dibuat oleh kerajaan … Continue reading Gaji minimum RM1,200 untuk 57 buah bandar mulai 1 Januari 2020
India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi
Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA. Pihak polis … Continue reading India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi
India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”
Pelajar-pelajar di seluruh negara India bangkit bersama dalam protes membantah kezaliman polis. Pada 15 Disember 2019, polis India menyerang dua buah institusi pengajian tinggi di negara itu, iaitu Universiti Jamia Millia Islamia (JMI) di New Delhi dan Universiti Aligarh Muslim (AMU) di Uttar Pradesh, di mana pelajar-pelajar di situ sedang berprotes membantah kelulusan Rang Undang-undang … Continue reading India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”
Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
Najib masih dihantui Altantuya
Ada satu hantu berkeliaran di sekitar Najib - hantu Altantuya… dari masanya masih Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi bekas Perdana Menteri. Selepas 13 tahun Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, kontroversi yang menyelubungi kes pembunuhan ini masih menghantui Najib Razak apabila Azilah Hadri, salah seorang dijatuhkan hukuman … Continue reading Najib masih dihantui Altantuya
Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah
oleh Mohanarani Rasiah Hari ini, 18 Disember, ialah Hari Migran Antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan berkaitan cuba memberi satu gambaran yang riang tentang buruh migran memainkan peranan yang dinamik dalam pembangunan di kedua-dua negara asal dan negara destinasi mereka, dan rakyat boleh bergerak secara bebas ke mana-mana yang diingini mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka. … Continue reading Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah
Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Bermula pada 14 November 2019 di Piazza Maggiore, sebuah dataran awam yang terletak di bandar Bologna di wilayah Emilia-Romagna, lahirnya satu gerakan massa yang baru di Itali, sebagai respon kepada ancaman kuasa pelampau kanan yang diwakili oleh perluasan pengaruh politik Liga Utara (Lega Nord) yang dipimpin oleh Matteo Salvini. Gerakan yang baru di Itali ini … Continue reading Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
(foto oleh Ramzi Boudina / Reuters) Pilihanraya Presiden Algeria yang pertama sejak kejatuhan Presiden Abdelaziz Bouteflika telah diadakan pada 12 Disember 2019, tetapi peratusan keluar mengundi adalah sangat rendah dan undi rosak juga amat banyak kerana pemboikotan oleh rakyat Algeria yang berprotes terhadap sistem politik yang masih belum berubah untuk beberapa bulan yang lepas. Daripada … Continue reading Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
