20191220 - mumbai80415734_845899085853924_1964005213505323008_o.jpg

Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA.

Pihak polis India telah bertindak secara keras untuk mematahkan kebangkitan rakyat India ini. Kerajaan yang dikuasai oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) di beberapa tempat, termasuk negeri Uttar Pradesh, Karnataka dan sebahagian Delhi, telah menggunakan Seksyen 144 Kanun Prosedur Jenayah India untuk melarang rakyat daripada berhimpun di ruang awam. Namun, ramai orang tidak peduli pada larangan dan terus berhimpun untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap CAA.

Sekurang-kurangnya 3 orang demonstran telah terbunuh kerana tembakan polis semasa aksi demonstrasi pada 19 Disember 2019, menjadikan jumlah orang yang mati terkorban dalam gelombang protes anti-CAA mencecah 9 orang sejak 4 Disember 2019. Di negeri Uttar Pradesh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh BJP, berlakunya keganasan yang paling teruk. Seorang mati ditembak di bandar Lucknow, ibu kota Uttar Pradesh. Sementara di negeri Karnataka yang juga diperintah oleh BJP, 2 orang dilaporkan mati ditembak di bandar Bengaluru, ibu kota negeri itu, di mana kerajaan di situ mengeluarkan perintah kurung. Lebih kurang 200 orang ditahan di Bengaluru, termasuk beberapa orang profesor dari universiti. Di Delhi, lebih kurang 1,200 orang ditahan, termasuk Sitaram Yechury, Setiausaha Agung Parti Komunis India – Marxis (CPIM).

CAA yang diluluskan baru-baru ini dalam Parlimen India yang didominasi oleh parti pelampau kanan BJP yang dipimpin oleh Narendra Modi, walaupun membuka laluan kepada pelarian daripada sesetengah agama di negara jirannya untuk memohon kewarganegaraan India, tetapi dengan jelasnya telah mengecualikan pelarian beragama Islam, di samping pelarian Tamil dari Sri Lanka, pelarian beragama Buddha dari Tibet dan pelarian dari Bhutan (yang beragama Buddha dan Hindu). CAA ini menjadi begitu kontroversi kerana untuk kali pertamanya agama dimasukkan sebagai syarat untuk memohon kewarganegaraan India, sesuatu yang dikecam hebat kerana melanggar Perlembagaan India yang sekular. CAA ini juga dilihat sebagai satu cubaan kerajaan pimpinan Modi untuk membawa ke depan lagi agenda nasionalis Hindu yang sempit.

Namun, rakyat India daripada berbilang etnik dan agama telah berganding bahu dalam aksi membantah CAA, sebagai respon kepada undang-undang yang bersifat diskriminasi. Walaupun menghadapi layanan ganas daripada pihak berkuasa, mereka yang protes, termasuk golongan anak muda dan pelajar, bertekad untuk memperjuangkan keadilan. Protes ini pasti akan berterusan sekiranya kerajaan Modi masih meneruskan agenda politik sempitnya.

20191220 - delhi79813025_845898842520615_8991993322461462528_o
Protes di Delhi.
20191220 - mumbai 80218298_845899079187258_2062275512641781760_o.jpg
Protes di Mumbai
20191220 - chennai79691175_845898689187297_3328686262415523840_o.jpg
Protes di Chennai
20191220 - -kolkata79419377_845898959187270_6628268765576429568_n.jpg
Protes di Kolkata
20191220 - kolkata81225622_845898879187278_2233582430726389760_n.jpg
Kolkata.
20191220 - kalaburagi78473259_846091582501341_3523745693971775488_o
Protes di Kalaburagi.

 

 

3 thoughts on “India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s