20191221 - 17309450_1251096951676198_3487614101516371941_n (2).jpg

(Kemaskini 23 Disember 2019: Aktivis buruh Xiangzi yang ditangkap pada 17 Disember 2019 telah disahkan dikenakan penahanan administratif, iaitu penahanan tanpa bicara, selama 15 hari mulai 18 Disember 2019 di Pusat Tahanan Yuexiu, atas alasan “mencari gaduh dan memprovokasi kekecohan. Walaupun dianggarkan akan dibebaskan pada 3 Januari 2020, tetapi terdapat pengalaman lampau di mana orang yang ditahan secara administratif ditukar kepada penahanan jeneyah selepas tamat tempoh. Oleh itu, nasib Xiangzi belum diketahui lagi.)

Seorang aktivis muda di negara China yang sering prihatin pada hak pekerja pembersihan, Chen Weixiang, dikenali sebagai Xiangzi di kalangan rakan-rakannya, telah “dihilangkan” selepas ditangkap oleh polis di bandar Guangzhou pada 17 Disember 2019. 2 orang sukarelawan lain yang prihatin pada hak pekerja pembersihan juga tidak dapat dihubungi selepas ditahan polis.

Xiangzi lahir dalam sebuah keluarga petani di kawasan luar bandar. Beliau mula terlibat dalam aktivisme pekerja sejak tahun 2011 ketika masih belajar di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou. Xiangzi peka dan terlibat secara aktif dalam isu hak pekerja pembersihan. Beliau pernah memulakan pelbagai kempen, termasuk menggunakan Akta Pendedahan Maklumat, seni persembahan, penyertaan awam dan sebagainya dalam memperjuangkan isu-isu keadilan sosial. Oleh sebab penglibatannya dalam perjuangan untuk hak pekerja pembersihan, Xiangzi pernah diancam oleh pihak pengurusan universiti untuk menggagalkannya sebelum beliau tamat pengajian pada tahun 2015. Hospital yang Xiangzi sepatutnya melaporkan diri untuk bekerja juga menarik balik kontrak pekerjaan, menyebabkan graduan perubatan ini tidak dapat bekerja sebagai doktor di hospital. Xiangzi kemudiannya belajar di Universiti Negeri Pennsylvania (PSU) di Amerika Syarikat untuk program sarjana dalam pengajian buruh pada tahun 2017. Xiangzi kembali ke negara China pada musim panas 2019 setelah tamat pengajian sarjananya.

Xiangzi telah menubuhkan satu kumpulan sokongan atas talian yang menyokong pekerja pembersihan, dan melancarkan “XinHuanwei”, satu akaun awam Wechat yang menyebarkan maklumat tentang hak pekerja di kalangan pekerja pembersihan. Sejak pembentukannya, “XinHuanwei” telah mendapat beberapa pencapaian yang penting dalam memajukan kebajikan pekerja pembersihan, seperti mencetuskan debat tentang masalah “denda wang untuk mendisplinkan pekerja”, membantu pekerja untuk menuntut semula gaji tertunggak yang melebihi ¥ 10 juta (lebih kurang RM 5.9 juta) dan mempromosi hak pekerja di tempat kerja. Perubahan positif ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada ramai pekerja bawahan terhadap Xinhuanwei.

Xinhuanwei menerbitkan tulisan dan menganjurkan interaksi dalam media sosial Wechat secara mematuhi undang-undang negara China. Xinhuanwei sekarang ini agak popular di kalangan pekerja pembersihan di Guangzhou dan sedang membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, iaitu membantu pekerja untuk mendapat pembelaan di sis undang-undang, namun nampaknya ia dianggap sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak, sehingga aktivis yang menggerakkannya telah ditahan pihak berkuasa. Selepas berlakunya peristiwa penangkapan, terdapat beberapa orang pekerja mengikuti akaun awam Wechat Xinhuanwei juga diberi amaran kepada pihak atasan bahawa akan dipanggil untuk soal siasat.

Selain Xiangzi, dua orang lagi yang ditahan ialah Lu dan Zhang. Lu menyertai XinHuanwei sebagai sukarelawan pada musim luruh tahun 2019. Zhang pula merupakan seorang pelajar sarjana yang belajar di Taiwan dan sedang mengumpul bahan penyelidikan di XinHuanwei untuk tesisnya.

Pihak berkuasa tidak memberikan apa-apa sebab kenapa Xiangzi dan dua orang lagi ditangkap, dan juga tidak diberitahu berapa lama dan di mana mereka ditahan. Mereka mungkin akan ditahan untuk beberapa minggu dan bulan, ataupun dihukum penjara tanpa proses kehakiman yang adil.

Sejak setahun yang lalu, sudah lebih 100 orang aktivis buruh dan pekerja telah ditangkap. Ramai antara mereka masih dalam tahanan pada hari ini. Antara yang ditahan termasuk aktivis pelajar berhaluan kiri berfahaman Maois yang menyokong perjuangan pekerja di kilang Jasic di Shenzhen untuk menubuhkan kesatuan pekerja sekitar bulan Julai-Ogos 2018. 4 orang aktivis pelajar yang ditahan dipaksa oleh pihak polis Guangdong untuk merekodkan video “mengaku salah” dan Kementerian Keselamatan Negara “mempelawa” sebahagian pelajar yang menyokong pekerja yang belum ditahan untuk menonton video itu.

Tandatangani Petisyen online menuntut pembebasan Xiangzi dan aktivis pekerja yang lain di sini: https://www.change.org/p/release-xiangzi-and-chinese-labor-activists

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s