PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Masyarakat manusia sedang melalui satu tempoh yang luar biasa. Pandemik COVID-19 telah menundukkan ekonomi global. Corak hidup kepenggunaan yang biasa telahpun diterbalikkan. Kita boleh menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk untuk tahun ini dan juga tahun hadapan. Sebilangan pakar ekonomi mengatakan ini mungkin akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang melanda dari penghujung tahun 1920-an … Continue reading COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

Pertahankan kedaulatan pertanian negara

(Berikut ialah kenyataan media PSM bersempena dengan Hari Benih Antarabangsa yang jatuh pada 26 April setiap tahun.) oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah menunjukkan kepentingan kedaulatan makanan selepas negara asing enggan menjual makanan kepada Malaysia. Selama dua dekad, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menekankan kepentingan melindungi petani tempatan untuk mengelakkan situasi sebegini. Petani di Malaysia terus … Continue reading Pertahankan kedaulatan pertanian negara

Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil

Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat. Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, … Continue reading Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil

COVID-19 mengingatkan kita keperluan darurat iklim

(Berikut ialah kenyataan akhbar PSM sempena sambutan Hari Bumi Sedunia 2020) oleh Sharan Raj Krisis wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih 2.5 juta orang dan mengorbankan nyawa lebih 170,000 orang di seluruh dunia dalam jangka masa hanya 6 bulan. COVID-19 mendedahkan betapa rapuhnya sistem kesihatan kita, ketidaksediaan kepimpinan negara seluruh dunia dalam menangani ancaman krisis global dan juga … Continue reading COVID-19 mengingatkan kita keperluan darurat iklim

Majikan perlu patuhi sepenuh garis panduan KKM

 oleh Sivaranjani Manickam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pada 10 April 2020 bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan bisnis daripada sektor yang terpilih untuk kembali beroperasi secara berperingkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, syarikat-syarikat yang berkenaan hanya boleh memulakan operasi mereka selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Senarai perkhidmatan … Continue reading Majikan perlu patuhi sepenuh garis panduan KKM

Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) mengecam tindakan Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana membenarkan kilang Infineon Melaka untuk beroperasi penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada 19 April 2020, Melaka melaporkan 44% daripada kesemua kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ketika ini, Melaka berada di tangga pertama … Continue reading Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka

Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?

oleh S. Arutchelvan Banyak pihak memuji cara Malaysia mengendalikan wabak COVID-19. Jumlah kes baru yang dilaporkan pada 17 April 2020 adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) dikuatkuasakan, dengan jumlah kes baru yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ini memang suatu berita yang menggembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini, dan … Continue reading Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?

Kamdar paksa pekerja ambil cuti tanpa gaji

oleh E. Parameswary Syarikat Kamdar Sdn Bhd, sebuah syarikat gedung tekstil dan baju yang terkenal di Malaysia, bertindak angkuh dan tidak mengikut arahan Kerajaan untuk memberikan pekerja cuti bergaji. Pekerja-pekerja di semua cawangan Kamdar Tekstil Malaysia telah diarah untuk mengambil cuti tanpa gaji. Syarikat Kamdar telah menggunakan alasan remeh, iaitu "tiada perniagaan" dan telah mengarahkan … Continue reading Kamdar paksa pekerja ambil cuti tanpa gaji

MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka

oleh M. Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya membatalkan kelulusan yang diberikan kepada syarikat elektronik Infineon Melaka yang terletak di di Bandaraya Melaka, untuk ia beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir 1% daripada penduduk negeri Melaka bekerja di industri gergasi Infineon yang terletak … Continue reading MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka