20200417 - 20180306101443_2

oleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) mengecam tindakan Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana membenarkan kilang Infineon Melaka untuk beroperasi penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 19 April 2020, Melaka melaporkan 44% daripada kesemua kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ketika ini, Melaka berada di tangga pertama dalam kes baru. Melaka merupakan sebuah negeri berisiko tinggi dalam penularan wabak COVID-19.

Hampir 1% rakyat Melaka bekerja dalam bangunan industri Infineon Melaka yang sangat padat. Pemberian kelulusan beroperasi ketika PKP oleh MITI kepada Infineon berupaya mewujudkan kluster baru COVID-19. Ini sekaligus boleh menggagalkan usaha kawalan pergerakan ke atas 32 juta penduduk Malaysia untuk lebih sebulan lalu.

Azmin Ali harus mengutamakan nyawa manusia yang ternilai berbanding operasi syarikat gergasi. Azmin Ali harus membatalkan kelulusan operasi kepada syarikat gergasi Infineon (Melaka) dengan serta merta.

=========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Pengerusi PSM Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *