20200417 - 474302

oleh E. Parameswary

Syarikat Kamdar Sdn Bhd, sebuah syarikat gedung tekstil dan baju yang terkenal di Malaysia, bertindak angkuh dan tidak mengikut arahan Kerajaan untuk memberikan pekerja cuti bergaji. Pekerja-pekerja di semua cawangan Kamdar Tekstil Malaysia telah diarah untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Syarikat Kamdar telah menggunakan alasan remeh, iaitu “tiada perniagaan” dan telah mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mengambil cuti tanpa gaji. Dalam memo yang diedarkan kepada pekerja, Pengurusan Kamdar menyatakan bahawa syarikat tersebut layak untuk memberi 30 hari cuti tanpa gaji kepada pekerja. Ini bertentangan sama sekali dengan arahan daripada Kerajaan di mana dalam satu kenyataan media oleh Menteri Sumber Manusia M. Saravanan yang bertarikh 28 Mac 2020, dengan jelas mengatakan bahawa semua kilang dan syarikat harus memberikan cuti bergaji kepada pekerja sepanjang tempoh perintah Kawalan Perjalanan.

Kamdar Sdn. Bhd bukanlah satu nama yang baru dalam industri tekstil di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1972, Kamdar telah banyak mengembangkan perniagaan di seluruh Malaysia dengan lebih daripada 30 cawangan. Sepanjang 48 tahun kewujudannya, Kamdar sudah mengaut banyak untung, maka adalah aneh dan tidak ada rasional pada alasan mereka yang memaksa pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Bukankah sebuah syarikat yang sudah begitu lama beoperasi dan mengaut banyak keuntungan sepatutnya dapat menyelesaikan masalah gaji pekerja?  Walaupun Kerajaan memberi bantuan subsidi gaji kepada majikan, masih adanya majikan seperti Kamdar yang mahu memangsakan ratusan pekerja mereka yang diupahnya.

Syarikat Kamdar harus memikul tanggungjawab korporat untuk menjaga pekerjanya pada ketika negara kita sedang dilanda krisis kesihatan, bukannya memudaratkan kehidupan pekerja.

=========

E. Parameswary ialah aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

4 thoughts on “Kamdar paksa pekerja ambil cuti tanpa gaji

  1. Sy pekerja kilang juga di bandar melaka.utk ke kilang mmg jauh.so,bukti apa yg pihak pkp yg buat roadblock nak utk terus bekerja..adakah badge card pekerja saja….nak tau…

    Like

  2. Regarding your article written about Kamdar Sdn Bhd forcing our staff to take unpaid leave. Please note that we have not forced our staff to take unpaid leave.
    We have requested and advised our staff to take unpaid leave for the period of the MCO. Whilst Kamdar is an old company it is not siting on cash reserves that would enable us to keep paying salaries without any income. This is the nature of the retail business and the thin margins we operate on. In fact we have been making a loss from our retail operations.

    Your article is highly defamatory and paints a very wrong picture. We are taking steps to ensure the short and long term survival of the company and preserve the jobs and employment of more than 800 people working for us and many hundreds more of our vendors and factories that produce
    products that are sold in our stores. These livelihoods will be lost if the company collapses.

    Like

  3. syarikat the selangor omnibus juga tidak memberi gaji kepada pekerja…malah memaksa pekerja semua ambil cuti tanpa gaji….tolong kami untuk selesaikan masalah ini.terima kasih

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s