Ibrahim Gökçek, seorang anggota kumpulan muzik rakyat berhaluan kiri yang bernama Grup Yorum, telah meninggal dunia pada 7 Mei 2020, dua hari selepas beliau menamatkan aksi mogok laparnya yang berlarutan selama 323 hari. Ibrahim Gökçek yang berumur 39 tahun, mengadakan mogok lapar sejak bulan Jun 2019, untuk membantah penindasan Kerajaan Turki terhadap kumpulan muzik Grup … Continue reading Turki: Seorang lagi pemuzik Grup Yorum meninggal dunia, dua hari selepas henti mogok lapar 323 hari untuk tuntut hak menyanyi
Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19
[Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan cadangan Strategi Nasional untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat Pasca COVID-19, dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 7 Mei 2020.] Malaysia menghadapi cabaran terbesarnya selepas zaman kemelesetan ekonomi tahun 1996-1997, dengan berlakunya pandemik COVID-19. Pandemik global ini, yang membawa kepada langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan semua … Continue reading Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19
PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020, dengan semakin ramai pekerja kembali ke tempat kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak majikan yang memulakan semula operasi perusahaan mereka. Majikan harus bertanggungjawab dalam melindungi semua pekerja, termasuklah pekerja migran. Antara tindakan yang perlu diambil … Continue reading Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi
Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19
Pada 1 Mei 2020 yang lalu, iaitu ketika dunia menyambut Hari Pekerja Antarabangsa di bawah bayangan ancaman pandemik COVID-19, berlakunya penangkapan besar-besaran terhadap pekerja-pekerja migran tanpa dokumen di Kuala Lumpur. Penangkapan besar-besaran ini berlaku di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD). Dilaporkan seramai 586 orang, termasuk kanak-kanak bawah umur, telah … Continue reading Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus
Athens, Greece. (foto oleh Petros Giannakouris / AP Photo) 1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia, satu hari untuk memperingati perjuangan pekerja yang memenangi hak pekerja yang dinikmati hari ini dan menyuarakan tuntutan pekerja untuk peningkatan kesejahteraan masyarakat. Sambutan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini agak luar biasa, kerana penularan pandemik COVID-19 di peringkat … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas
oleh Dr Cecilia Anthonysamy Mungkin ada yang salah faham. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020 adalah untuk membenarkan aktiviti mencari makan dan menjana pendapatan, supaya rakyat tidak merana kerana tiada duit dan tiada makan. Semasa PKPB, orang awam boleh keluar berdua atas tujuan membantu orang tua, dan membantu isi rumah yang perlu bantuan untuk membeli barang runcit dan pasar yang lebih … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas
Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam
(Berikut ialah Deklarasi Hari Pekerja Sedunia 2020 yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mei Satu.) Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei 2020 membawa satu cabaran yang besar kepada kelas pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia. Fenomena penularan COVID-19 memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. COVID-19 juga membawa implikasi lebih teruk … Continue reading Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam
Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)
Kenyataan Bersama Hari Pekerja Sedunia 2020 - 1 Mei 2020 Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan ini dirangka oleh parti-parti kiri dan pertubuhan-pertubuhan buruh di Asia Tenggara, dan disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Asia Tenggara dan di luar rantai ini.) Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dunia terkesan dengan teruk dan … Continue reading Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)
