(Siri "Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga" - 3) oleh S. Arutchelvan Sertai PSM hari ini! Apa itu isu “real” (sebenar) dan apa itu isu sensasi? Isu mana yang mendapat liputan meluas dalam media arus perdana? Adakah parti-parti politik di negara kita memperjuangkan isu “real” atau isu “popular”? Mengapa cerita hantu lebih menarik daripada cerita kepupusan hutan? … Continue reading Perjuangkan isu “real” atau isu sensasi?
(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun dalam bentuk perayaan, protes, perhimpunan dan perarakan, untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender, telah menjadi satu acara tahunan yang meriah … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia
Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri
oleh K. Segar Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Perak amat kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai pendirian beliau untuk bersama-sama dengan UMNO, PAS dan beberapa ADUN PPBM dalam membentuk Kerajaan Negeri Perak. Tambahan lagi, 3 orang ADUN daripada Pakatan Harapan (PH), iaitu ADUN Tronoh (DAP) Yong Choo Kiong, … Continue reading Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri
MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
PETALING JAYA - 9 MAC 2020: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (Labour Law Reform Coalition, LLRC) telah menyerahkan satu memorandum kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada hari ini untuk menggesa pada MEF supaya menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 190 mengenai … Continue reading MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190
Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!
oleh Hajjar Nurhayyu Zainal Tanggal 8 Mac setiap tahun, merupakan tarikh penting dalam memperingati sejarah perjuangan kaum wanita melawan penindasan serta menuntut hak kesamarataan. Jika ditelusuri sejarah, Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan seluruh dunia hari ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah gerakan beraliran kiri yang diterajui kaum wanita marhaen menentang golongan pemodal (kapitalis) dan pemerintah. Sekitar … Continue reading Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!
Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!
KUALA LUMPUR - 8 MAC 2020: Ketika negara kita sedang dilanda krisis politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara golongan elit politik, ekonomi yang semakin merudum, krisis iklim yang semakin serius dan ancaman penularan wabak berjangkit COVID-19 terhadap kesihatan awam, wanita turun ke jalanan untuk mengetengahkan isu rakyat yang tidak diendahkan golongan elit politik-ekonomi yang … Continue reading Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!
Hari Wanita Sedunia 2020: Hormati hak wanita, lawan untuk kesaksamaan gender
Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia untuk meraikan pencapaian perjuangan menegakkan hak wanita dan realisasi kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Sedunia mempunyai asal usul radikal yang berkaitan dengan usaha perjuangan pembebasan masyarakat yang di bawa oleh gerakan sosialis antarabangsa. Perjuangan pembebasan wanita tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan rakyat yang … Continue reading Hari Wanita Sedunia 2020: Hormati hak wanita, lawan untuk kesaksamaan gender
Mengapa PSM sering gagal dalam pilihanraya?
(Siri "Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga" - 2) oleh S. Arutchelvan Sertai PSM hari ini! Walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) pernah menang dalam banyak perjuangan akarumbi, namun rekod PSM menang dalam Pilihanraya Umum (PRU) adalah amat mengecewakan. Oleh itu, wujudnya ejekan seperti mengatakan PSM ialah parti hilang deposit dan parti nyamuk, seolah-olah memberi pesanan jelas bahawa … Continue reading Mengapa PSM sering gagal dalam pilihanraya?
Perhimpunan awam: Kita dah maju ke depan kecuali SOP polis
oleh S. Arutchelvan Negara Malaysia telah melangkah jauh dalam isu tentang Perhimpunan Awam dan undang-undang berkaitan dengannya. Namun, yang mengecewakan adalah nampaknya pihak polis masih belum lagi menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan membebankan diri mereka dengan kerja-kerja yang tidak diperlukan untuk mengambil keterangan saksi tentang perhimpunan yang diadakan secara aman. Pada hari semalam sahaja … Continue reading Perhimpunan awam: Kita dah maju ke depan kecuali SOP polis
Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Peristiwa yang berlaku sejak sepuluh hari lalu pastinya membingungkan ramai rakyat Malaysia. Persepakatan politik terbentuk dan terlerai hanya dalam beberapa jam diiringi kenyataan yang saling bercanggahan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Namun, ianya semakin jelas jika kita menelusuri niat dan kepentingan beberapa pihak utama – Mahathir, Azmin, Anwar dan Muhyiddin. Berikut ini adalah … Continue reading Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020
