20200309 - image-1

oleh K. Segar

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Perak amat kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai pendirian beliau untuk bersama-sama dengan UMNO, PAS dan beberapa ADUN PPBM dalam membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Tambahan lagi, 3 orang ADUN daripada Pakatan Harapan (PH), iaitu ADUN Tronoh (DAP) Yong Choo Kiong, ADUN Buntong (DAP) A. Siva Subramaniam dan ADUN Titi Serong (Amanah) Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, telah mengisytiharkan bahawa mereka keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Perikatan Nasional.

3 ADUN yang asalnya daripada Pakatan Harapan ini juga menggunakan alasan “hak rakyat akan dipinggirkan jika mereka tidak menyokong Perikatan Nasional ” untuk mengkhianati rakyat Perak.

PSM Negeri Perak menegaskan bahawa penukaran Kerajaan Negeri Perak adalah satu rampasan kuasa melalui pintu belakang dan juga pengkhianatan kepada rakyat . Ini merupakan detik hitam dalam perjalanan demokrasi rakyat Negeri Perak.

Di sini, PSM Perak ingin mengingatkan rakyat Perak bahawa ini adalah kali kedua rakyat Perak berhadapan dengan politik pintu belakang. Dan ini juga adalah kali kedua rakyat Perak dikhianati oleh wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

2 daripada 3 ADUN pengkhianat adalah dari kawasan DUN Tronoh dan DUN Buntong. Calon-calon PSM yang berkaliber, boleh dipercayai dan berjiwa rakyat pernah bertanding di kedua-dua kawasan DUN ini dalam Pilihanraya Umum lepas.

PSM Perak mencabar ketiga-tiga ADUN ini untuk meletakkan jawatan masing -masing supaya Dewan Undangan Negeri Perak boleh dibubar dan membentuk kerajaan secara demokratik, bukan pintu belakang.

=========

K. Segar ialah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM)Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *