Masalah serius dalam menangani kes COVID-19 sebelum kemasukan wad

Satu mekanisme yang selamat harus diwujudkan untuk memantau kes-kes positif COVID-19 yang belum lagi dipindahkan ke hospital atau asrama COVID-19. Satu sistem pemantauan yang sesuai akan membantu kita dalam memastikan bahawa mereka yang mengalami keadaan merosot dan mereka yang tidak dapat mengamalkan pendekatan pengasingan yang sesuai di dalam rumah sendiri, akan dapat dimasukkan lebih awal ke dalam kemudahan COVID-19 yang disediakan.

Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.

(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia