Kenyataan akhbar oleh Gabungan Marhaen

Apakah itu Marhaen?

Marhaen bermaksud orang biasa; orang biasa yang ditindas, rendah diri dan terpinggir. Perkataan ini diperkenalkan oleh Sukarno, Presiden Indonesia yang pertama, untuk menggambarkan orang biasa. Sejak itu, ia digunakan secara meluas di Nusantara sebagai simbol gerakan orang biasa, yang juga dipanggil sebagai Marhaenisme. Di Malaya, istilah ini digunakan secara meluas oleh gerakan nasionalis progresif yang menentang kuasa penjajah.

Apakah matlamat penubuhan MARHAEN?

Pada tahun 2018, setelah Kerajaan baharu dibentuk, politik Malaysia dibayangi dengan politik kaum dan agama yang menenggelamkan suara masyarakat terpinggir dan akar umbi. Pada masa itulah idea untuk memperkasakan gerakan rakyat untuk menyoroti nasib dan aspirasi kaum Marhaen – orang miskin dan tertindas – muncul. Kami merasakan bahawa perjuangan yang membina perpaduan antara kaum dan agama perlu diwujudkan. Isu-isu asas seperti tanah, perumahan, pekerjaan, penjagaan kesihatan, dan persekitaran perlu menjadi agenda utama.

MARHAEN ialah gabungan komuniti akar umbi, kolektif masyarakat, kesatuan sekerja, NGO yang berfikiran sama, pemimpin masyarakat akar umbi dan aktivis masyarakat. Rancangan utama MARHAEN adalah untuk menggabungkan dan memantapkan semua komuniti Marhaen. Setiap sektor mempunyai tuntutan dan tindakannya masing-masing. Semua sektor ini kemudiannya bersatu membentuk jawatankuasa koordinasi nasional melalui mekanisme yang demokratik dan berasas. Gerakan ini berinspirasi untuk mewakili kepentingan majoriti rakyat di negara kita, iaitu kelas pekerja, petani, rakyat bawahan dan masyarakat terpinggir.

Sepanjang tahun 2019, MARHAEN menubuhkan dan mengaktifkan semula banyak rangkaian akar umbi dan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan. MARHAEN merasakan bahawa jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan tersebut, maka satu perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan pada Oktober 2020 untuk menyuarakan dan memperjuangkan nasib rakyat marhaen.

Namun, inisiatif ini tergendala ekoran COVID-19 yang melanda pada Februari 2020 dan disusuli dengan Langkah Sheraton yang telah menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Keadaaan ini menyebabkan satu perhimpunan besar-besaran tidak yang dapat dianjurkan, malah kerajaan baharu perlu diberikan tuntutan ini sekali lagi.

Berdepan dengan cabaran ini, Gabungan Marhaen (MARHAEN) tetap berkomited untuk membangunkan satu gerakan rakyat untuk memerangi politik elit dan perkauman di masa depan.

Bagaimana dan bila Gabungan Marhaen ini ditubuhkan?

Pada bulan Januari 2017, aktivis yang terlibat dalam Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah mengambil keputusan untuk membina satu gerakan baharu bernama MARHAEN yang akan merangkumi lebih banyak sektor dan kolekti baharu dengan misi yang baharu.

Pada asalnya, MARHAEN adalah gabungan tiga kelompok besar. Salah satu kelompok ialah jaringan-jaringan kumpulan akar umbi seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja, petani dan lain-lain sektor yang pernah diorganisasi oleh JERIT dan PSM. Kelompok kedua ialah kumpulan kolektif seperti kumpulan-kumpulan seni dan budaya progresif, Buku Jalanan, Dapur Jalanan, kumpulan alam sekitar, aktivis anti-kapitalis dan sebagainya. Kelompok ketiga ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih formal seperti SUARAM, BERSIH, Agora, Empower dan lain-lain juga dijemput untuk menyertai inisiatif ini.

Siapakah anggota MARHAEN?

Anggota utama MARHAEN boleh dikategorikan dalam dua bahagian, iaitu gabungan masyarakat MARHAEN, dan kumpulan-kumpulan kolektif sosial, jaringan dan NGO.

Gabungan utama dalam MARHAEN ialah:

MARHAEN juga telah mewujudkan jaringan dengan komuniti Orang Asli/Asal, pemandu lori dan komuniti nelayan.

#HimpunanMarhaen2021

Sempena dengan Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan pada 17 Oktober 2021, Gabungan Marhaen akan menganjurkan beberapa siri forum kebangsaan yang akan diadakan dari 12 sehingga 17 Oktober 2021.

Kita buat satu himpunan online selama satu minggu, 12-17 Oktober, Selasa hingga Ahad. Setiap hari akan berfokus kepada beberapa isu yang dihadapi oleh golongan marhaen. Antara topik-topik yang menarik yang akan dibicarakan sepanjang minggu tersebut adalah isu jaminan makanan, isu pekerjaan, isu perumahan, pertanian, isu orang asli/asal dan sektor informal.

12 Oktober 2021 (Selasa), kita akan membincangkan isu-isu berkaitan perumahan mampu milik.

Panelis: 

  1. Gregory Ho Wai Son – Khazanah Research Institute
  2. Shanmugam – Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
  3. Kak Manis – Wakil Peneroka, Kampung Bukit Kuda
  4. Azura Nazron – Rekod Media
  5. Parameswary Elumalai – Gabungan Marhaen

13 Oktober 2021 (Rabu), forum “Suara Pekerja – Realiti vs Harapan” dianjurkan bersama oleh Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK), Pusat Tenaga Kerja UNI Malaysia, Kesatuan Elektronik Malaysia dan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan, akan merasmikan forum ini dan menjadi sebahagian daripada perbincangan panel.

Panelis:

  1. Mohd Salleh – Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan
  2. Margeret Chin – Pengerusi Sabah Banking Employees’ Union
  3. Selvam – Pegawai Perhubungan Perusahaan (IRO), Kesatuan PekerjaSwasta Hospital Kerajaan
  4. Wardah – Pekerja Pembersihan Sekolah, AJK JPKK Perlis

14 Oktober 2021 (Khamis), forum yang dianjurkan oleh Jaringan Pekerja Tidak Formal di bawah Gabungan Marhaen. Forum ini akan membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi pekerja ekonomi gig dan E-hailing, dan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

Panelis:

  1. Jane – Pengurus Program, Seed Foundation
  2. Nasha – Social Worker, Seed Foundation
  3. Muazz – Suara Pekerja Servis Penghantaran
  4. Siong – Suara Pekerja E-hailing melalui aplikasi
  5. Mani – Suara Pekerja E-hailing melalui aplikasi

15 Oktober 2021 (Jumaat), kita akan membincangkan isu yang dihadapi Orang Asli / Asal (OA) dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berkenaan dengan persoalan sama ada rampasan tanah adat OA semasa COVID-19 meningkat atau menurun. Forum ini akan disertai oleh beberapa pakar pemimpin komuniti OA.

Panelis:

  1. Tijah Yok chopil – Pengerusi (Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  2. Galus Ahtoi – PACOS TRUST (Sabah)
  3. Yusri Ahon – Pengerusi (Jaringan Orang Asal SeMalaysia – JAOS)
  4. Nicholas Bawin – Bekas Timbalan Presiden Majlis Adat Istiadat, Sarawak dan Aktivis / Pejuang tanah adat OA
  5. Shamila Ariffin – Penyelidik Kanan & Pegawai Media, Sahabat Alam Malaysia (SAM)

16 Oktober 2021 (Sabtu), forum ini adalah mengenai masalah jaminan makanan yang dihadapi oleh petani dan penternak di Malaysia.

Panelis:

  1. Tan Tean Chee– Gabungan Petani & Penternak (GAPETA)
  2. Abdul Rashid Yob– Petubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
  3. Haji Zakaria – Nelayan, Penang Tolak Tambak
  4. Vinothan Naranasamy – Jaringan Penternak Nasional Marhaen

17 Oktober 2021 (Ahad) ialah hari kemuncak, hari terakhir daripada 6 hari himpunan online ini. Dua forum akan diadakan pada waktu siang, diikuti dengan Malam Marhaen pada waktu malam.

Sesi 1 (2pm): Forum Akar Umbi

  1. Tijah Yok Chopil – Wakil Orang Asli
  2. Kartigesu- Wakil Perumahan
  3. Husin bin Mohamad- Wakil Pekerja
  4. Harith Zulfaisal – Wakil Pekerja Tidak Formal
  5. Gandi – Wakil Petani & Penternak

Sesi 2 (4pm): Forum Pakar

  1. Dato Dr. Madeline Berma – Pesuruhjaya SUHAKAM dan pakar dalam bidang kajian pembangunan
  2. Jayanath Appudurai – Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan penyelidik
  3. Quratulain Atiqah– Dapur Jalanan
  4. Dr. Jeyakumar Devaraj – Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bekas Ahli Parlimen Sungai Siput

#HimpunanMarhaen2021 akan diakhiri dengan Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian yang menampilkan pelbagai artis Malaysia dan aktivis yang menggunakan seni untuk bersatu dengan perjuangan rakyat. Persembahan akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Gabungan Marhaen. Antara artis yang akan terlibat ialah:

  • Band: Shh…Diam!, Tingtongketz
  • Penyanyi: Redo, Wolf Ocha, Danial Hakeem, MV Nathan, Choo Chon Kai, Harris Nasril, dan Aduka
  • Penyajak: Pavitrah, Nightshade, Sin
  • Muzik harmonika: Dr. Nasir Hashim

Bagaimana anda boleh mengambil bahagian?

Semua maklumat terbaru mengenai # HimpunanMarhaen2021 dan kempen serta aktiviti kempen MARHAEN akan disiarkan di laman Facebook MARHAEN

Facebook: @GabunganMarhaen

Pautan pendaftaran untuk menyertai Himpunan Marhean 2021: https://forms.gle/ocfXRXNQjED9TJPN6

Kami sedar bahawa COVID-19 membawa kesan yang serius kepada keadaan ekonomi dan sosial di seluruh dunia. Krisis kesihatan awam telah mempengaruhi masyarakat yang paling terpinggir di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga sosial. #HimpunanMarhaen2021 adalah untuk mereka yang terjejas supaya bersama-sama berkumpul dan berkongsi kisah mereka yang mungkin tidak pernah kita dengar sebelumnya. Sertailah kami sekiranya anda boleh.

11 thoughts on “Himpunan Marhaen 2021: Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *