Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.
Tanah runtuh dan kehilangan nyawa di Cameron Highlands, sejauh mana had ketamakan manusia?
PSM menyarankan supaya membekukan pembangunan baru dibekukan dan dikaji semula keperluannya, demi mengelakkan bencana tanah runtuh yang meragut nyawa daripada terus berlaku.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.
Skim Jaminan Pendapatan Asas RM1,000 sebulan kepada keluarga yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19
PSM mencadangkan pelaksanaan Skim Jaminan Pendapatan Asas kepada mereka yang hilang kerja dan tiada apa-apa sumber bantuan yang lain.
Pekerja pembersihan Hospital Tanjung Rambutan berpiket: Hentikan penindasan terhadap frontliner
Pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berpiket, dengan tuntutan kenaikan gaji yang adil untuk semua pekerja, peningkatan semula cuti umum kepada 15 hari setahun, pengembalian faedah perubatan kepada RM1,000, pembekalan pakaian seragam yang mencukupi, elaun tambahan untuk kerja di wad COVID-19, elaun-elaun lain dan layanan yang samarata daripada pihak pengurusan.
Pilihanraya Norway: Pengundi alih sokongan kepada Blok Kiri
Parti Buruh kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen Norway dan kembali membentuk kerajaan selepas 8 tahun, dengan cabaran membaikpulihkan sistem negara kebajikan, mengurangkan jurang kekayaan dan mengalihkan ekonomi keluar daripada kebergantungan terhadap sumber minyak untuk menangani krisis iklim.
Isu kewarganegaraan anak: Kerajaan harus lindungi semua tanpa diskriminasi
PSM amat kecewa dengan keputusan kerajaan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap kes hak kerakyatan anak yang lahir di luar negara bagi ibu berwarganegara Malaysia.
Memorandum persefahaman Kerajaan-Pembangkang patut pertahan kebebasan media
Tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat, yang terkandung dalam Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan selaku pembangkang utama dalam Parlimen.
Jaguh politik kaum itu parasit masyarakat
Jaguh politik perkauman menjadikan kemiskinan rakyat sebagai isu kaum untuk memperkaya diri mereka sendiri.
[VIDEO] Sistem kontrak menindas frontliner hospital dan sekolah
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu video animasi ringkas yang menerangkan masalah sistem kontrak yang diamalkan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
