Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Gabungan Marhaen (MARHAEN) akan mengadakan satu siri aktiviti atas talian 6 hari berturut-turut, dari 12 hingga 17 Oktober 2021, untuk mengetengahkan keluhan masyarakat akar umbi dan tuntutan rakyat untuk pembaharuan sosial yang boleh menjamin kesejahteraan bersama. (Daftar untuk menyertai Himpunan Marhaen 2021 di sini.) Pengumuman siri aktiviti yang dikenali sebagai “Himpunan Marhaen 2021” ini dibuat … Continue reading Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

“Pandora Papers”: Satu lagi tsunami pembongkaran maklumat yang tidak mengejutkan

Pembongkaran maklumat dalam Pandora Papers menjadi salah satu daripada bukti bertimbunan yang menunjukkan bahawa sistem kapitalis global pada hari ini masih terus membiak golongan parasit yang mengkayakan diri mereka sendiri dengan cara menyembunyikan kekayaan di tempat berlindung cukai selepas mengeksploitasi golongan tenaga kerja dan memiskinkan lagi golongan miskin. Orang kaya memanggil ini sebagai “pengurusan kekayaan” (wealth management), tetapi realitinya ialah perampasan yang berterusan terhadap masyarakat.

“Squid Game”: Mobiliti sosial yang penuh keganasan dalam kapitalisme

Di sebalik visual yang mempersonakan, adegan aksi yang mendebarkan, jalan cerita yang menarik dan persembahan dramatik untuk tragedi yang menyayat hati, siri drama “Squid Game” cuba meneroka dan mengupas isu-isu sosial yang bukan sahaja menyentuh hati penonton di Korea Selatan, tetapi juga mewujudkan gema dalam kalangan masyarakat umum di peringkat global. Siri drama ini mempersembahkan ilustrasi realiti kehidupan ramai orang pada hari ini: kesusahan hidup dalam sistem kapitalis, perampasan sifat kemanusiaan daripada manusia di bawah suasana persaingan ekonomi, dan percanggahan kelas masyarakat yang membiak pelbagai masalah yang lain.