Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

KUALA LUMPUR - 3 FEBRUARI 2021: Mahkamah Rayuan memutuskan pada hari ini dalam satu perbicaraan atas talian, untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu yang berpihak kepada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk membatalkan rujukan kes pemberhentian kerja Subramaniam Letchimanan ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia. Keputusan Mahkamah Rayuan ini … Continue reading Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai

IPOH, PERAK: 2 daripada 3 orang pekerja pembersihan di Proton Tanjung Malim telah dipulihkan kerja selepas proses rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak pada 24 Jun 2020. Sesi yang diadakan pada 24 Jun 2020 ini merupakan rundingan damai yang kedua di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan yang diadakan antara 3 orang pekerja … Continue reading Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai

Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan

IPOH, PERAK - 2 JUN 2020: 5 orang aktivis kesatuan telah ditahan polis pada hari ini di hadapan Hospital Ipoh kerana mengadakan aksi protes secara aman untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan majikan yang menganiayai kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. 5 orang yang ditahan polis ialah: M. Sarasvathy, Setiausaha Eksekutif … Continue reading Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

5 orang pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tanpa notis pada bulan Mei tahun lepas, telah berjaya menyelesaikan kes di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 26 Februari 2020, dengan mendapat sejumlah RM13,750 sebagai bayaran ganti notis untuk semua pekerja ini. Penyelesaian secara luar mahkamah ini dicapai setelah rundingan antara 5 orang pekerja pembersihan tersebut dengan … Continue reading 5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

IPOH, PERAK: 6 orang pekerja pembersihan di Hospital Batu Gajah dan Hospital Parit Buntar telah memfailkan aduan kes di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, berikutan pembuangan kerja selepas syarikat kontraktor baru, Edgenta UEMS, mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital mereka bekerja. Mereka telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak. Kontrak pembersihan di … Continue reading Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

oleh S. Arutchelvan Baru-baru ini, kita dapat dengar pertukaran pandangan daripada Menteri Sumber Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang dibentangkan dalam Parlimen. Dalam senario yang tidak pernah wujud, kedua-dua Kesatuan Pekerja dan Persekutuan Majikan nampaknya bersetuju dalam bantahan terhadap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pindaan undang-undang tersebut. Kami … Continue reading Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja