20200223 - coronavirus-2

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj

Situasi wabak COVID-19 di negara kita sedang berada pada tahap yang kritikal. Perhimpunan keagamaan beramai-ramai yang melibatkan ribuan penganut seperti yang diadakan di Sri Petaling dan Batu Ferringhi tidak patut berlaku pada masa ini. Peningkatan kes yang mendadak sudah bermula kerana perhimpunan tersebut. Oleh kerana itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 adalah agak tepat pada masanya dan sesuai dengan keadaan. Kita perlu mengurangkan jangkitan, mengenalpasti dan merawat mereka yang dijangkiti, serta mengkuarantin kontak. Langkah-langkah ini akan membantu dalam membendung wabak. Wilayah Hubei di negara China dapat mengehadkan jumlah jangkitan kepada lebih kurang 70,000, iaitu kurang daripada 0.12% daripada penduduk di Hubei yang berjumlah 60 juta, walaupun mereka tidak apa-apa petujun apa yang sedang berlaku apabila wabak mula merebak. Negara kita yang diberi amaran awal patut dapat melakukan yang lebih baik daripada itu dan telah melakukan agak baik mengikut standard dunia sehinggalah program beramai-ramai di Sri Petaling.

Jadi, Perintah Kawalan Pergerakan adalah sesuai dengan keadaan. Namun, beberapa langkah yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam (17 Mac 2020) telah menjejaskan tujuan Perintah Kawalan Pergerakan. Ketua Polis Negara membuat kenyataan dalam siaran televisyen pada petang 17 Mac 2020 bahawa semua perjalanan antara negeri mulai 18 Mac 2020 perlu mendapatkan permit daripada pihak polis. Ini telah menyebabkan ramai orang membanjiri beberapa balai polis di beberapa buah bandar untuk cuba mendapatkan permit daripada polis. Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan adalah mengurangkan campur gaul antara populasi. Cara polis mengendalikannya menunjukkan bahawa mereka tidak jelas tentang objektif Perintah Kawalan Pergerakan dan mreka tidak mempertimbangkan secara baik dalam seluruh proses!

Nasihat kepada pelajar-pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi untuk meninggalkan kampus mereka adalah satu lagi kesilapan yang tidak patut berlaku. Tujuan utama Perintah Kawalan Pergerakan adalah memastikan rakyat berada di tempat masing-masing dan tidak keluar untuk bercampurgaul dengan orang lain yang mungkin dijangkiti wabak tetapi belum lagi menunjukkan simptom. Memaksa keluar ribuan pelajar keluar dari asrama menyebabkan penumpuan orang ramai di terminal bas dan stesen keretapi, dan banyak campur gaul. Pada masa kini, wabak ini tertumpu di Lembah Klang. Penyuraian pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk kembali ke kampung halaman mereka mungkin akan membawa wabak ke semua tempat di seluruh negara. Penggantungan kelas adalah perlu untuk mencegah jangkitan, tetapi pelajar-pelajar sepatutnya dinasihatkan untuk berada di asrama masing-masing dan langkah-langkah diambil untuk memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi untuk mereka. Kita tidak dapat dapat menanggung kesan kesilapan besar sebegini pada takat ini semasa menghadapi ancaman wabak.

Kegagalan MKN untuk mengundang Kerajaan Negeri di 5 buah negeri untuk menghadiri mesyuaratnya adalah satu lagi kekecewaan besar untuk rakyat. Kita sedang berdepan dengan wabak yang serius yang telah melemaskan sistem kesihatan di beberapa buah negara yang lain. Kita sedang berlumba dengan masa untuk membendung wabak di Malaysia! Kita tiada masa untuk bermain politik sempit! Kita semua perlu beusaha secara bersama-sama. Rakyat adalah bersedia untuk mematuhi kepimpinan anda. MKN perlu menyatukan negara kita dengan menangani semua isu secara matang, rasional dan dimaklumkan dengan baik.

Perdana Menteri mengatakan bahawa MKN sedang menyelia seluruh operasi pembendungan COVID-19. Kami menghargai bahawa Perdana Menteri sendiri mempengerusikan MKN. Nasihat kami kepada MKN adalah, MKN perlu mendapatkan pandangan daripada profesional kesihatan sebelum membuat apa-apa keputusan penting. Langkah-langkah yang dipertimbangkan harus dibincang dengan satu jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pakar epidemiogoli, pakar kesihatan awam dan ahli sosiologi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diumumkan.

Langkah-langkah anti-wabak tidak boleh dilakukan secara cuba-cuba (trial and error). Ini kerana setiap kesilapan akan mengakibatkan perebakan jangkitan kepada lebih ramai orang dan ia akan menjejaskan seluruh masyarakat. Oleh itu, MKN perlu menyusunkan tindakan secara berkesan dan mengelakkan daripada membuat apa-apa lagi keputusan yang terburu-buru tanpa mendapatkan nasihat profesional KKM!

===========

Dr. Jeyakumar Devaraj ialah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s