India: Protes anak muda Bengal Barat diserang pihak berkuasa

(foto oleh Swapan Mahapatra / PTI) Parti-parti berhaluan kiri di India mengadakan mogok umum 12-jam pada 12 Februari 2021 di negeri Bengal Barat. Aksi mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa di negeri itu dalam mematahkan demonstrasi anak muda pada 11 Februari 2021. Puluhan ribu pelajar dan anak muda, kebanyakannya … Continue reading India: Protes anak muda Bengal Barat diserang pihak berkuasa

India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

26 Januari setiap tahun disambut di negara India sebagai Hari Republik. Hari Republik disambut untuk memperingati negara India menjadi sebuah republik yang baharu dan merdeka apabila Perlembagaan India mula berkuatkuasa pada 26 Januari 1950. 26 Januari dipilih sebagai Hari Republik juga kerana “Purna Swaraj” (Perisytiharan Kemerdekaan India) yang diisytihar oleh Kongres Nasional India pada 26 … Continue reading India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar untuk rakyat di seluruh dunia. Dengan kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang paling awal dikesan di bandaraya Wuhan, China, dan mula merebak ke seluruh dunia sejak awal tahun 2020, pandemik koronavirus masih mengancam dunia kita dengan kes jangkitan yang terkumpul mencecah 80 juta dan angka kematian melebihi … Continue reading Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan

India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

(foto: Money Sharma / AFP / Getty Images) Petani-petani di India telah mengadakan aksi protes yang berlarutan lebih 3 minggu untuk membantah undang-undang anti-petani yang dibawa oleh Kerajaan BJP pimpinan Narendra Modi. Ratusan ribu petani yang berprotes telah menduduki sekurang-kurangnya lima lebuhraya utama di kawasan pinggiran New Delhi, ibu negara India, dan bertekad untuk terus … Continue reading India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

Negara India menyaksikan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah pada 26 November 2020, dengan lebih 250 juta orang pekerja dan petani, bersama-sama dengan golongan pelajar dan masyarakat sivil, mengambil bahagian dalam mogok yang diadakan di seluruh negara itu. Aksi mogok nasional ini diadakan bersempena Hari Perlembagaan India, yang jatuh pada 26 November setiap … Continue reading India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi