India: Protes anak muda Bengal Barat diserang pihak berkuasa

(foto oleh Swapan Mahapatra / PTI) Parti-parti berhaluan kiri di India mengadakan mogok umum 12-jam pada 12 Februari 2021 di negeri Bengal Barat. Aksi mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa di negeri itu dalam mematahkan demonstrasi anak muda pada 11 Februari 2021. Puluhan ribu pelajar dan anak muda, kebanyakannya … Teruskan membaca India: Protes anak muda Bengal Barat diserang pihak berkuasa

India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

(foto: Money Sharma / AFP / Getty Images) Petani-petani di India telah mengadakan aksi protes yang berlarutan lebih 3 minggu untuk membantah undang-undang anti-petani yang dibawa oleh Kerajaan BJP pimpinan Narendra Modi. Ratusan ribu petani yang berprotes telah menduduki sekurang-kurangnya lima lebuhraya utama di kawasan pinggiran New Delhi, ibu negara India, dan bertekad untuk terus … Teruskan membaca India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

Negara India menyaksikan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah pada 26 November 2020, dengan lebih 250 juta orang pekerja dan petani, bersama-sama dengan golongan pelajar dan masyarakat sivil, mengambil bahagian dalam mogok yang diadakan di seluruh negara itu. Aksi mogok nasional ini diadakan bersempena Hari Perlembagaan India, yang jatuh pada 26 November setiap … Teruskan membaca India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

100 tahun gerakan komunisme di India

17 Oktober 2020 menandakan ulangtahun ke-100 kelahiran gerakan komunisme di India. Asal usul Gerakan Komunis India Revolusi Rusia pada tahun 1917 yang menyaksikan pembentukan negara pekerja pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada golongan revolusioner di seluruh dunia, termasuk India yang masih dijajah oleh kuasa imperialis British pada masa itu. Revolusioner India pada … Teruskan membaca 100 tahun gerakan komunisme di India

India: Protes bantah undang-undang anti-petani

Ratusan ribu petani dan pekerja di India berganding bahu untuk mengadakan aksi mogok besar-besaran di seluruh negara itu pada 25 September 2020 dalam gelombang demonstrasi terbaru, untuk membantah tiga rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa dalam parlimen dalam seminggu yang lalu. Petani-petani berprotes kerana rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan BJP di bawah pimpinan Narendra … Teruskan membaca India: Protes bantah undang-undang anti-petani

Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

Negeri Kerala yang terletak di bahagian barat daya India, merupakan negeri pertama di India yang melaporkan kes COVID-19 di mana kes pertamanya dikesan pada 30 Januari 2020, tetapi selepas tiga bulan setengah berlalu, setakat 15 Mei 2020, Kerala yang berjumlah penduduk lebih 34 juta orang hanya mencatatkan 560 kes jangkitan COVID-19, dan 4 kematian, iaitu … Teruskan membaca Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

Pertemuan antara dua orang pemimpin negara yang berhaluan kanan di dunia, telah “dimeriahkan” dengan keganasan samseng pelampau kanan yang mendukung ideologi yang dibawa oleh pemimpin berhaluan kanan tersebut. Ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan lawatannya ke negara India, kumpulan samseng yang berkaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), iaitu parti pemerintah di India yang dipimpin … Teruskan membaca India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

250 juta orang hampir bersamaan dengan 8 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia. Pada 8 Januari 2020, jumlah orang sebesar 8 Malaysia bermogok di India. India menyaksikan aksi mogok yang terbesar dalam dua dekad kebelakangan ini pada 8 Januari 2020 dengan penyertaan lebih kurang 250 juta orang, untuk menyatakan bantahan kelas pekerja terhadap dasar Kerajaan … Teruskan membaca India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan

Sekumpulan samseng telah melakukan serangan di dalam kampus Universiti Jawaharlal Nehru (JNU) di New Delhi, India, pada 5 Januari 2019, dengan memukul dan mencederakan ramai pelajar dan kakitangan universiti di situ. Antara yang dicederakan ialah Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Jawaharlal Nehru (JNUSU) Aishe Ghosh dan Setiausaha Agung JNUSU Satish Chandra. Aishe Ghosh yang diserang telah … Teruskan membaca India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan

India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA. Pihak polis … Teruskan membaca India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi