Jangan beri lesen kepada kebencian dan keganasan: Ambil peduli tentang keperluan golongan minoriti, bukannya hukum dan paksa

oleh Chong Yee Shan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 10 Julai lalu tentang memberi lesen sepenuh kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk buat tangkapan dan tarbiah golongan transgender supaya mereka “kembali ke pangkal jalan”. Kenyataan oleh Dr Zulkifli tersebut … Continue reading Jangan beri lesen kepada kebencian dan keganasan: Ambil peduli tentang keperluan golongan minoriti, bukannya hukum dan paksa

Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19

oleh Cecilia Anthonysamy Alasan utama pekerja migran tanpa dokumen ditangkap, yang diberikan oleh kerajaan pada masa kita sibuk berperang menumpaskan penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh posisi sebegini: “Kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.” (Petikan daripada laporan portal berita Malaysiakini, 24 Mei 2020). Migran menjadi tidak … Continue reading Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19

India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

Rakyat India yang menentang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang bersifat diskriminasi telah turun ke jalanan dalam jumlah yang besar pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India, termasuk Delhi, Mumbai, Bengaluru, Kolkata Chennai, Lucknow, Chandigarh, Patna, Thiruvananthapuram, Ahmedabad, Hyderabad dan banyak lagi. Golongan progresif dan parti-parti berhaluan kiri telah bermobilisasi untuk menentang CAA. Pihak polis … Continue reading India: Rakyat mobilisasi untuk lawan akta yang bersifat diskriminasi

India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

Pelajar-pelajar di seluruh negara India bangkit bersama dalam protes membantah kezaliman polis. Pada 15 Disember 2019, polis India menyerang dua buah institusi pengajian tinggi di negara itu, iaitu Universiti Jamia Millia Islamia (JMI) di New Delhi dan Universiti Aligarh Muslim (AMU) di Uttar Pradesh, di mana pelajar-pelajar di situ sedang berprotes membantah kelulusan Rang Undang-undang … Continue reading India: “Belantan kau hanya boleh patahkan tulang kami, bukannya semangat penentangan kami!”

India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

oleh Gandipan Nantha Gopan Akta kerakyatan yang berunsur diskriminasi mencetuskan kemarahan rakyat India! Rakyat telah turun ke jalanan dan berprotes menentang satu akta yang berunsur diskriminasi secara tidak langsung terhadap kaum Muslim di India. Satu gelombang protes sedang berlaku di negara India yang disebabkan oleh pengiktirafan sebuah akta yang dikenali sebagai Citizenship (Amendment) Bill (CAB). Selepas beberapa … Continue reading India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi

WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk melindungi pemohon kerja daripada diskriminasi, dengan meminda Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Begitunya seruan daripada pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan gender ini. Pada bulan September 2018, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan untuk meminda Akta Kerja bagi melindungi pemohon kerja dan pekerja daripada diskriminasi atas … Continue reading WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Ada apa dengan ICERD?

Isu ICERD menjadi satu topik hangat di negara kita baru-baru ini, apabila terdapatnya golongan berhaluan kanan yang giat membarakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk membantah usaha Kerajaan Malaysia untuk menandatangani dokumen hak asasi manusia antarabangsa ini. Ketika kumpulan berhaluan kanan memobilisasi untuk himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah … Continue reading Ada apa dengan ICERD?

Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!

oleh Dr. Nasir Hashim Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini, telah menjadi satu isu yang hangat dibincangkan sama ada Malaysia Baru perlu menandatangani dan meratifikasi satu Konsensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD). Di kedua-dua pihak, iaitu mereka yang percaya bahawa menandatanganinya adalah satu langkah ke hadapan dan mereka yang … Continue reading Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!