“Pekerja bukan mesin!”: Percikan api yang masih membara (Ulasan buku “Sebutir Percikan: Biografi Chun Tae-il”)

Buku yang mengisahkan riwayat hidup seorang anak muda yang sanggup mengorbankan nyawanya demi memperjuangkan nasib kelas pekerja ini, bukan sahaja untuk kita memperingati pengorbanan Chun Tae-il yang amat murni dan mengharukan, malah memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang bertekad untuk menegakkan hak pekerja supaya terus mara ke hadapan dalam perjuangan pembebasan masyarakat.

Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

oleh Arveent Karthirtchelvan Menteri Sumber Manusia M. Saravanan baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran mereka dan menerima apa-apa pekerjaan yang ada untuk mengatasi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat. Pemuda PSM menyangkal kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berfikiran sempit serta berdasarkan idea kuno ini. Terdapat beberapa sebab Pemuda PSM mempertikaikan kenyataan ini. … Continue reading Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

Reviu buku Akar Umbi

oleh Ben Nizari Selesai membaca Akar Umbi, saya sungguh-sungguh memikirkan di manakah agaknya yang saya pernah membaca kisah-kisah sebegini. Selepas beberapa cubaan mengingat akhirnya membawa saya kepada sebuah novel tulisan John Steinbeck yang berjudul In Dubious Battle. Tetapi yang saya baca ialah terjemahannya oleh Muhammad Ridhwan, terbitan DBP tahun 1989. In Dubious Battle adalah kisah … Continue reading Reviu buku Akar Umbi

Pengurus PTPTN patut fahami realiti kehidupan rakyat, bukan keluar kenyataan yang tidak berasas

oleh Gandipan Nantha Gopalan Berkaitan laporan New Straits Times ‘Malaysians are not saving enough for their children's education’ oleh Pengurus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Abdul Ghafar Yusop, yang diterbitkan pada 28 September 2018. Kenyataan Abdul Ghafar Yusop yang mengatakan bahawa faktor gaji yang kurang digunakan sebagai alasan ibu bapa untuk tidak menabung bagi … Continue reading Pengurus PTPTN patut fahami realiti kehidupan rakyat, bukan keluar kenyataan yang tidak berasas

PK – Mencari tuhan

oleh Shazni Bhai  Watak utama dalam filem ini yang dikenali sebagai PK ialah suatu makhluk asing yang telah terdampar ke bumi. Tetapi ini bukanlah filem yang mempersoalkan kewujudan makhluk lain di luar planet bumi. Yang menjadi fokus untuk persoalan ialah penduduk bumi ini sendiri. Durasi untuk filem ini lebih daripada 3 jam. Kalian faham sajalah, … Continue reading PK – Mencari tuhan