Bekas pekerja ladang dari 5 buah ladang yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju, membuat aduan polis beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
Pemuda Sosialis persoal pelaksanaan “Scan to Ride” di PJ City Bus
Pemuda Sosialis berpendirian bahawa “Scan to Ride” adalah suatu mekanisme yang akan menyusahkan rakyat dan pekerja serta akan menindas pekerja migran yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut.
Kekalkan Hutan Simpan di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor harus bertindak dengan segera untuk mengekalkan segala hutan simpan kekal serta kawasan sensitif alam sekitar lain.
Bekas pekerja 5 ladang di Selangor diancam pengusiran
Lebih 80 orang bekas pekerja ladang di 5 buah ladang di Daerah Hulu Selangor dan Daerah Kuala Selangor diancam pengusiran daripada pihak pemaju sedangkan janji untuk membina rumah alternatif bagi mereka masih belum ditunaikan lagi.
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
Jangan halalkan kemusnahan hutan – Bantahan terhadap kenyataan MB Selangor berkenaan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah
Walaupun sudah memerintah untuk 14 tahun di Selangor, amat menghairankan bahawa MB Selangor tidak boleh mengubah keputusan kerajaan BN.
Dah lama 24 tahun menunggu: Salurkan dana untuk bina rumah bagi pekerja ladang Berjayacity dalam Bajet 2023
Pekerja-pekerja ladang dari 5 buah ladang menggesa kerajaan supaya memasukkan peruntukan untuk membina rumah bagi mereka ke dalam Bajet 2023, demi menamatkan penantian mereka selama 24 tahun.
Pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Negeri Selangor rampas tanah untuk bina rumah pekerja
Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Bukit Beruntung menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membela nasib bekas pekerja ladang dengan mengambil tindakan segera untuk membina rumah bagi mereka.
Khalid Ibrahim (1946-2022): Apabila lawan jadi kawan
Tan Sri Khalid Ibrahim meninggalkan satu cara kerja dan legasi yang berbeza.
Pengawal keselamatan dapat kerja semula
Satu kemenangan kepada seorang pengawal keselamatan sekolah apabila pihak sekolah yang memberhentikan kerjanya sebelum ini memintanya untuk bekerja semula di sekolah yang sama dengan tugas dan gaji yang sama.