Koleksi gambar-gambar hari ke-10 hingga hari ke-12 kempen Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Selangor.

**********

N25 Kajang

Arutchelvan, calon PSM untuk kerusi DUN Kajang, ditemuramah oleh wartawan.
Arutchelvan menghadiri sidang media bersama penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga kecil di Jalan Reko pada 8 Ogos 2023 untuk mengetengahkan masalah yang dihadapi mereka.
Arutchelvan berucap dalam sidang media.
Sukarelawan-sukarelawan PSM menaikkan sepanduk di sekitar kawasan DUN Kajang.
Arutchelvan mengadakan jelajah mesra di kawasan DUN Kajang untuk bertemu dengan pengundi-pengundi.
Ceramah di Bandar Mahkota Cheras

N39 Kota Damansara

Sivarajan, calon PSM untuk kerusi DUN Kota Damansara, mengadakan jelajah mesra di kawasan yang ditandinginya.
Sesi sembang kopi bersama Dr. Nasir Hashim, mantan ADUN Kota Damansara.

N42 Meru

Sivaranjani, calon PSM untuk kerusi DUN Meru, menjelajah sekitar kawasan DUN Meru dengan motosikal untuk bertemu dengan pekerja-pekerja.
S. Arutchelvan, calon PSM untuk kerusi DUN Kajang, hadir ke kawasan DUN Meru untuk bersolidariti dengan Sivaranjani.
Bawani KS, Timbalan Setiausaha Agung PSM yang juga merupakan bekas calon PSM untuk kawasan DUN Ayer Kuning di Perak semasa PRU-15 pada bulan November 2022, turut hadir di kawasan DUN Meru untuk bersolidariti dengan Sivaranjani.
Sivaranjani berkempen di tempat awam untuk merayu undi.
Sivaranjani bersama sukarelawan-sukarelawan dan aktivis-aktivis PSM di hadapan lukisan dinding yang dihasilkan semasa program menyambut Hari Persahabatan Sedunia.
Sivaranjani bersama sukarelawan PSM mengadakan jelajah mesra untuk bertemu dengan penduduk-penduduk di kawasan DUN Meru.
Papan iklan kempen PSM di kawasan DUN Meru.
Sivaranjani dan sukarelawan PSM beraksi di jalanan.
Sivaranjani bersama pasukan sukarelawan PSM yang penuh bersemangat.

N55 Dengkil

Dr. Darren Ong, calon PSM untuk kerusi DUN Dengkil, menandatangani aku janji di hadapan penduduk-penduduk Kampung Sri Tanjung pada 8 Ogos 2023, di mana dia menjanjikan untuk memberi komitmen dalam memperjuangkan isu tanah peneroka Kampung Sri Tanjung yang telah berlarutan selama 36 tahun.
Dr. Darren Ong mengadakan jelajah mesra di sekitar kawasan DUN Dengkil dan bertemu dengan penduduk-penduduk setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *