Koleksi gambar-gambar hari ke-13 hingga hari ke-14 kempen Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Selangor, iaitu dua hari terakhir untuk tempoh kempen PRN 2023. Keempat-empat pasukan kempen PSM di Selangor telah mengakhiri kempen mereka dengan mengadakan aksi jalanan yang penuh bersemangat!

(Galeri gambar) Kempen PSM dalam PRN 2023 (Hari ke-10 hingga hari ke-12)

Koleksi gambar-gambar hari ke-10 hingga hari ke-12 kempen Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Selangor.

**********

N25 Kajang

Arutchelvan, calon PSM untuk kerusi DUN Kajang, mengadakan jelajah mesra di sekitar kawasan DUN Kajang.
Sidang akhbar bersama Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) pada 10 Ogos 2023 yang turut dihadiri Dr. Darren Ong, calon PSM untuk kerusi DUN Dengkil.
Pasukan kempen PSM di kawasan DUN Kajang mengadakan aksi flash mob pada hari terakhir kempen di beberapa lokasi.

N39 Kota Damansara

Sivarajan, calon PSM untuk kerusi DUN Kota Damansara, menyeru pada pengundi-pengundi di kawasan yang ditandinginya untuk membuat pilihan yang bijak dengan memilih seorang calon yang mampu membawa suara marhaen ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Latihan untuk sukarelawan-sukarelawan yang akan menjadi ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi bagi pihak PSM.

N42 Meru

Sivaranjani, calon PSM untuk kerusi DUN Meru, telah mengadakan satu kempen yang menarik bersama-sama pasukan sukarelawan PSM yang penuh kreatif.
Sivaranjani beramah mesra dengan penduduk-penduduk di kawasan DUN Meru.
Pusat berkhidmat bergerak di kawasan DUN Meru yang turut dihadiri oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM.
Sivaranjani dan sukarelawan-sukarelawan berkempen dengan tekunnya.
Soh Sook Hwa, Bendahari Nasional PSM yang berkempen untuk Sivaranjani, menyeru pada pengundi-pengundi kawasan DUN Meru untuk memilih seorang calon yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib rakyat marhaen.

N55 Dengkil

Dr. Darren Ong, calon PSM untuk kerusi DUN Dengkil, bersama-sama pasukan kempen PSM yang penuh bersemangat.
Lori kempen PSM di Dengkil.
Dr. Darren Ong berarak dengan penuh bersemangat bersama-sama pasukan kempen PSM di kawasan DUN Dengkil.
Jelajah mesra PSM di sekitar kawasan DUN Dengkil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *