PULAU CAREY, SELANGOR - 29 SEPTEMBER 2020: Pada hari ini, wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj, Darren Ong dan Lucas Heng, menghadiri sesi Town Hall yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). HSKLU merupakan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan yang menapis udara pencemaran industri … Continue reading Selamatkan hutan simpan terakhir di Selangor Selatan
Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan
5 orang pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tanpa notis pada bulan Mei tahun lepas, telah berjaya menyelesaikan kes di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 26 Februari 2020, dengan mendapat sejumlah RM13,750 sebagai bayaran ganti notis untuk semua pekerja ini. Penyelesaian secara luar mahkamah ini dicapai setelah rundingan antara 5 orang pekerja pembersihan tersebut dengan … Continue reading 5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan
Masyarakat Orang Asli bantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara
SHAH ALAM - 26 FEBRUARI 2020: Masyarakat Orang Asli dari Kuala Langat menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan kerajaan untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Rombongan masyarakat Orang Asli lebih 200 orang yang menyerahkan memorandum di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, terdiri daripada … Continue reading Masyarakat Orang Asli bantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Hentikan penwartaaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah dibantah oleh pelbagai pihak. Kerajaan Selangor bercadang untuk menyahwartakan 930.93 hektar daripada 957.63 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara bagi tujuan pembangunan bercampur. Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melalui penyiaran notis penyiasatan awam dalam media akhbar tempatan pada 5 Februari 2020. … Continue reading Hentikan penwartaaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Continue reading Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
PUTRAJAYA - 19 FEBRUARI 2020: Wakil penduduk rumah pangsapuri kos rendah Gugusan Dedap, Kota Damansara, Selagor, menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, untuk meminta campurtangan Menteri menyiasat isu berkaitan dengan kepincangan yang berlaku semasa pengambilan tanah di mana terletaknya pangsapuri mereka. Pemilik-pemilik sah untuk unit pangsapuri kos rendah di … Continue reading Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad
BUKIT TINGGI, SELANGOR: Walaupun penyelesaian untuk penempatan semula penternak yang mengusahakan kandang lembu dan kambing di Bukit Tinggi masih boleh dimuktamadkan, tetapi Kerajaan Selangor masih tergesa-gesa untuk merobohkan kandang penternakan tersebut. Anggota-anggota penguatkuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan polis telah dikerahkan secara beramai-ramai pada 17 Februari 2020, untuk merobohkan kandang … Continue reading Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad
