Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Ini adalah satu kes di mana seorang pekerja pembersihan sekolah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan PERKESO kerana pihak PERKESO menafsir undang-undang secara sempit. Valarmathy, berumur 47 tahun, ialah seorang pekerja pembersihan yang berkerja di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 1, Cheras, Selangor. Pekerjaannya di sekolah termasuklah kerja membersihkan longkang, membersihkan dewan, mengaturkan kerusi dan … Continue reading Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

5 orang pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tanpa notis pada bulan Mei tahun lepas, telah berjaya menyelesaikan kes di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 26 Februari 2020, dengan mendapat sejumlah RM13,750 sebagai bayaran ganti notis untuk semua pekerja ini. Penyelesaian secara luar mahkamah ini dicapai setelah rundingan antara 5 orang pekerja pembersihan tersebut dengan … Continue reading 5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

Aduan pekerja yang berlambak terhadap kontraktor yang tidak patuhi Akta Kerja – JPKK gesa tindakan segera kerajaan

oleh Sivaranjani Manickam Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK) menerima banyak aduan daripada ramai pekerja kontrak di premis kerajaan, seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan, terhadap syarikat kontraktor yang tidak mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955 dalam kontrak perkhidmatan yang diberikan kepada pekerja. Menjelang tahun 2020, kebanyakan premis kerajaan, terutamanya kerja kawalan keselamatan di sekolah-sekolah, telah mendapat … Continue reading Aduan pekerja yang berlambak terhadap kontraktor yang tidak patuhi Akta Kerja – JPKK gesa tindakan segera kerajaan

5 isu pekerja kontrak di sekolah kerajaan dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPM

oleh M. Sivaranjani Mesyuarat antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan nada serius apabila semua talefon bimbit telah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat. Setelah wakil JPKK mengadu, dua telefon dibenarkan untuk dibawa masuk. Selain itu, semua beg diperiksa oleh pihak keselamatan. Walaupun wujudnya ketegangan di luar bilik mesyuarat, namun ia tidak berpanjangan apabila Timbalan Ketua Setiausaha … Continue reading 5 isu pekerja kontrak di sekolah kerajaan dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPM

Benih perpaduan

oleh Ramlan bin Ramli Bandar Country Homes, Rawang Sebuah negara bangsa memerlukan asas yang kukuh untuk merealisasikan konsep bangsa. Biasanya asas yang digunakan ialah sejarah. Ada negara yang memang hanya ada satu bangsa seperti Jepun. Ada juga negara yang berjaya meredam isu bangsa sehingga mampu menyatukan kepelbagaian dalam wadah nasionalisme seperti Indonesia dan Thailand. Sekiranya … Continue reading Benih perpaduan

Program sarapan percuma boleh ditambahbaikkan lagi

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik dan positif terhadap cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melancarkan program sarapan percuma khas bagi murid-murid di sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 2020. Menurut KPM, melalui program ini nanti, murid-murid akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma. PSM merasakan … Continue reading Program sarapan percuma boleh ditambahbaikkan lagi

Jatuh ditimpa tangga: PERKESO tolak permohonan SIP untuk pekerja pembersihan dengan alasan remeh

KUALA LUMPUR – 8 OGOS 2019: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan wakil pekerja pembersihan di sekolah kerajaan yang diberhentikan kerja baru-baru ini, menyerahkan memorandum kepada ibupejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Ampang pada hari ini, untuk menyatakan bantahan terhadap penolakan permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada … Continue reading Jatuh ditimpa tangga: PERKESO tolak permohonan SIP untuk pekerja pembersihan dengan alasan remeh

Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?

 oleh S. Arutchelvan  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berkenaan kerana berjaya mempopularkan perkataan khat atau seni khat. Sebenarnya, sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkataan ini. Samalah seperti saya tidak pernah mendengar istilah “Bahasa Baku” sebelum Anwar Ibrahim perkenalkannya sebagai Menteri Pendidikan, atau perkataan “liwat” yang menjadi popular sekitar tahun … Continue reading Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?

Tak perlu orang tengah untuk upah pengawal keselamatan di sekolah

oleh M. Sivaranjani Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat pengambilan terus pengawal keselamatan di sekolah kerajaan adalah langkah terbaik dalam jangkamasa panjang dari segi jaminan kerja, faedah pekerjaan, penjimatan kos dan mutu perkhidmatan. Kami tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), di mana kenyataan tersebut dari pandangan kami … Continue reading Tak perlu orang tengah untuk upah pengawal keselamatan di sekolah