Pekerja-pekerja pembersihan dari 19 buah sekolah di Sabak Bernam berpiket di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam kerana mereka tidak menerima gaji lebih 3 bulan!
Kerajaan harus hentikan penganiayaan terhadap pekerja kontrak
Adalah harapan untuk pekerja-pekerja pembersihan hospital yang sedang berkonvoi bahawa YB Khairy akan bertemu dengan mereka dan mendengar keluhan mereka apabila mereka tiba di Kementerian Kesihatan di Putrajaya. Mereka meminta perubahan kepada dasar yang teruk, dan berharap ianya cukup masuk akal untuk sebuah kerajaan yang prihatin supaya bertindak dalam menyelesaikan masalah ini.
Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan
Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan
38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis hanya menerima bayaran gaji satu bulan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
[VIDEO] Bagaimana pekerja frontliner di hospital dan sekolah diperhambakan oleh sistem kontrak?
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu lagi video pendek mengenai masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
Kerja di dalam premis kerajaan, tetapi gagal dilindungi kerajaan – Impak penyumberan luar perkhidmatan sokongan di premis kerajaan
Pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan bekerja di bawah bumbung bangunan kerajaan, tetapi mereka tidak dilindungi oleh kerajaan kita sendiri. Inilah hakikat pemangsaan pekerja di bawah sistem kontrak yang tidak memberikan jaminan kerja.
[VIDEO] Sistem kontrak menindas frontliner hospital dan sekolah
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu video animasi ringkas yang menerangkan masalah sistem kontrak yang diamalkan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
Kementerian Pendidikan tarik balik keputusan potong gaji pekerja pembersihan
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah boleh berasa lega sedikit selepas Kementerian Pendidikan Malaysia menarik balik keputusannya yang mengurangkan pembayaran gaji sebanyak 40% kepada kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).
Pekerja pembersihan sekolah dipotong gaji 40% – Kementerian Pendidikan tidak peduli arahan Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan harus memulihkan gaji asas pekerja pembersihan sekolah supaya mereka tidak terjerumus dalam keadaan tertekan yang sememangnya mengancam kehidupan dan kesihatan mereka.
50,000 pekerja pembersihan sekolah bakal terjejas dengan pengurangan gaji
PSM menyeru pada Kerajaan Malaysia supaya membatalkan dengan serta-merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
