Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

100 tahun dahulu, pada bulan Mac dan April 1919, bumi Mesir digegarkan oleh gelombang revolusi yang menggugat pemerintahan ketenteraan British di situ. Mogok pekerja, demonstrasi secara besar-besaran, penglibatan wanita yang menakjubkan dalam perjuangan pembebasan nasional dan perpaduan rakyat yang merentasi batasan agama, memaksa Britain mengiktiraf kemerdekaan Mesir pada tahun 1922 dan penggubalan perlembagaan baru yang … Continue reading Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyambut ulangtahun ke-100 penubuhannya pada tahun ini. ILO merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab untuk menetapkan standard perburuhan antarabangsa. ILO boleh dikatakan sebagai institusi global yang paling tua pada masa kini. ILO sekarang ini mempunyai sebanyak 187 negara anggota. 186 daripada 193 negara anggota PBB dan Kepulauan Cook … Continue reading ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

16 tahun dahulu, pada 20 Mac 2003, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iraq dan mencetuskan Perang Iraq yang dahsyat. Pencerobohan tentera AS bersama dengan sekutunya (United Kingdom, Australia dan Poland), menjatuhkan rejim Saddam Hussein (yang pernah disokong AS ketika Perang Iran-Iraq 1980-1988) dengan cara ketenteraan, dan memulakan pendudukan tentera AS di Iraq selama … Continue reading Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas

8 Mac setiap tahun, menandakan Hari Wanita Antarabangsa. Hari yang bermakna ini didedikasi kepada semua wanita yang telah berjuang untuk menegakkan hak wanita dan kesamarataan gender. Hari Wanita Antarabangsa mempunyai sejarah asal usul yang radikal dan revolusioner. Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya lahir daripada gerakan sosialis lebih seratus tahun dahulu. Asal usul yang radikal Pada penghujung … Continue reading Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas

Teori Gelombang Panjang

Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil.  Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun sekali sebelum … Continue reading Teori Gelombang Panjang

Rosa Luxemburg: Peneraju idea kiri radikal

Bulan Januari tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 pemergian Rosa Luxemburg (1871-1919), seorang tokoh revolusioner Jerman yang mendedikasi sepenuh hidupnya kepada usaha perjuangan pembebasan rakyat pekerja antarabangsa. Walaupun Rosa Luxemburg telah meninggalkan kita untuk 100 tahun, namun pemikiran revolusionernya masih mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada gerakan anti-kapitalis pada hari ini. Kisah hidup yang radikal Rosa Luxemburg … Continue reading Rosa Luxemburg: Peneraju idea kiri radikal

Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

100 tahun dahulu, tercetusnya gelombang revolusi yang hebat di negara Jerman yang menjatuhkan pemerintahan raja berperlembagaan Empayar Jerman dan menggantikannya dengan sebuah republik berparlimen yang demokratik. Namun, oleh sebab kerajaan baru menggunakan kekerasan untuk menghancurkan kebangkitan kuasa kiri radikal yang menggugat kepentingan kelas atasan, hasil revolusi ini telah digadaikan dan kemudiannya membuka ruang kepada kemunculan … Continue reading Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19

Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Apakah asal usul mod pengeluaran kapitalis? Bagaimana masyarakat kapitalis itu bermula? Masyarakat kapitalis terjadi hasil daripada perkembangan 3 perkara: i. Pemisahan antara pengeluar dengan sumber pengeluaran ii. Kemunculan kelas kapitalis iii. Kemunculan kelas pekerja Ketiga-tiga perkara ini telah menghasilkan mod pengeluaran kapitalis, sementara itu juga menjadi ciri asas kepada sistem kapitalis itu. Pemisahan antara pengeluar … Continue reading Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Kelas

Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah/dewan kuliah dengan guru/pensyarah yang mengajar anak murid/pelajar, tetapi kelompok masyarakat yang dibezakan mengikut status sosio-ekonomi mereka, ataupun kedudukan mereka dalam hubungan pengeluaran-pengagihan kekayaan sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat primitif, di mana manusia yang hidup secara kelompok itu tiadanya hasil buruh lebihan (surplus), maka tidak perlu wujudnya pemisahan kerja … Continue reading Kelas