Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri

Satu gelombang protes besar-besaran tercetus di Papua Barat pada bulan Ogos 2019 berikutan serangan polis terhadap asrama pelajar Papua di Surabaya dan layanan rasis yang diterima oleh pelajar Papua. Protes dan keganasan daripada penindasan pihak berkuasa Indonesia, telah menyebabkan beberapa orang mati dan ramai cedera. Seruan untuk “Papua Merdeka” dan “referendum” sering kedengaran dalam protes … Continue reading Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri

Bila UMNO kalahkan Komunis?

oleh S. Arutchelvan Saya berasa agak kelakar apabila Najib mengatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Gombak bahawa UMNO dulu kalahkan Komunis, takkan hari ini takut lawan Pakatan Harapan (PH). Saya harus memperbetulkan Najib dari segi fakta bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah dikalahkan oleh UMNO, malah satu perjanjian perdamaian bersama telah ditandatangani untuk menamatkan … Continue reading Bila UMNO kalahkan Komunis?

Memperingati Giacomo Mateotti

oleh Hadri A Rahman “Anda tidak akan membunuh ideal ini. Anak-anak saya akan berbangga dengan ayah mereka. Para pekerja akan memberkati mayat saya.” - Perkataan yang terakhir disebutkan oleh Giacomo Mateotti sebelum dibunuh. Ketika sesi parlimen Itali pada 30 Mei 1924, Giacomo Matteotti, pemimpin Parti Sosialis Bersatu (Partito Socialista Unitario, PSU) di Dewan Perwakilan Itali … Continue reading Memperingati Giacomo Mateotti

Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China

Tahun ini menandakan ulangtahun ke-30 Peristiwa 4 Jun, satu tragedi berdarah yang berlaku di negara China. Sehari sebelum 4 Jun 1989, lagu Internasionale, sebuah lagu perjuangan yang melambangkan solidariti pekerja sedunia, masih berkumandang di Dataran Tiananmen, tetapi sehari selepas itu bunyi tembakan dan enjin kereta kebal di bandar Beijing telah melenyapkan impian rakyat China untuk … Continue reading Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China

Kita semua adalah rasis?

oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?

Ada apa dengan tahun 1919?

100 tahun dahulu, pada tahun 1919, hampir seluruh dunia dilanda gelombang revolusi dan kebangkitan rakyat. Pada ketika itu, Perang Dunia I baru tamat dengan kehancuran yang teruk khususnya di negara-negara Eropah. Sementara di negara yang dijajah oleh kuasa imperialis, munculnya kebangkitan kesedaran nasionalis yang membawa kepada kebangkitan rakyat yang menentang kuasa imperialis dan susunan masyarakat lama.

Imperialisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919