Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat

dikarang oleh Lee Ricson (disunting oleh Theng Jee Shen) Di Amerika Syarikat, kempen dan rusuhan terhadap keganasan polis dan rasisme telah meletus pada skala yang tidak pernah terlihat setelah kematian George Floyd. Walaupun keempat-empat polis yang terlibat menghadapi tindakan tertentu, namun tindakan tersebut hanyalah amaran sahaja yang tidak berkesan langsung. Para aktivis dapat mengawal seluruh … Continue reading Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat

Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?

oleh S. Arutchelvan Dari manakah Wan Ahmad Fayhsal, Ketua ARMADA BERSATU, mendapat hujah dan fakta bahawa sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat kerana ia adalah antara faktor yang membantutkan integrasi kaum di negara ini? Apakah kajian yang Ketua ARMADA itu bentangkan untuk kita menyokong pandangannya? Beliau juga berkata bahawa usaha berkenaan perlu menjadi keutamaan agenda … Continue reading Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?

AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis

  Kemarahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap rasisme dan keganasan polis terus membara, dengan gelombang protes terbaru tercetus di negeri Wisconsin selepas insiden seorang lelaki warga Amerika Afrika bernama Jacob Blake ditembak 7 kali dari belakang oleh seorang pegawai polis di bandar Kenosha, Wisconsin pada 23 Ogos 2020. Blake terkena 4 daripada 7 das tembakan … Continue reading AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis

Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?

oleh S. Arutchelvan  Fenomena BLM dan “aku tidak dapat bernafas” Walaupun rencana ini mula ditulis hampir sebulan yang lalu, namun beberapa insiden dan perkembangan dalam negara kita menghindar diri saya daripada menulisnya. Penulisan mengenai kaum dan agama sememangnya satu topik yang amat sukar sekali di dalam negara di mana rakyatnya sering dipesong pemikiran, dimanipulasi minda … Continue reading Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?

AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

“Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis

“Aku tak dapat bernafas!” (I can’t breathe!) Ini ialah kata-kata oleh Eric Garner, seorang warga Amerika Afrika yang menjadi mangsa keganasan polis yang mati di Staten Island, New York, pada tahun 2014. Selepas enam tahun, kata-kata yang sama keluar daripada mulut seorang lagi warga Amerika Afrika, George Floyd, sebelum dia meninggal dunia akibat dilayan secara … Continue reading “Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis

PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?

oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?