Jawapan seorang Ahli Parlimen Melayu terhadap Kongres Maruah Melayu

oleh Hassan Abdul Karim 1. Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam, Selangor. Kongres itu adalah satu perhimpunan aman yang telah berlangsung dengan aman. Hak berhimpun secara aman itu dijamin dan dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10. 2. Walaupun Kongres itu … Continue reading Jawapan seorang Ahli Parlimen Melayu terhadap Kongres Maruah Melayu

West Papua: Rakyat Papua bangkit tolak rasisme dan penindasan kerajaan Indonesia

Ribuan rakyat Papua berprotes di jalanan pada hari ini (19 Ogos 2019) untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap penindasan kerajaan Indonesia dan sikap rasis yang ditunjukkan oleh pegawai kerajaan Indonesia terhadap orang Papua. Dilaporkan bahawa adanya demonstran membakar bangunan parlimen tempatan di Manokwari, ibu kota provinsi Papua Barat. Seluruh bandar Manokwari telah dilumpuhkan kerana protes rakyat … Continue reading West Papua: Rakyat Papua bangkit tolak rasisme dan penindasan kerajaan Indonesia

Kita semua adalah rasis?

oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Keganasan di Christchurch: Perkauman itu membunuh

Peristiwa keganasan pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, New Zealand, yang berlaku pada 15 Mac 2019, merupakan satu tragedi dan jenayah terhadap kemanusiaan yang diakibatkan oleh perluasan fahaman berhaluan kanan yang ekstrim. Serangan keganasan di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood semasa solat Jumaat telah membunuh seramai 50 orang dan mencederakan lagi lebih 50 orang. Polis … Continue reading Keganasan di Christchurch: Perkauman itu membunuh

ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama

Isu ICERD menjadikan isu yang paling hangat dibincangkan baru-baru ini apabila timbulnya tentangan hebat daripada golongan berhaluan kanan terhadap hasrat Kerajaan Malaysia untuk menandatangani konvensyen hak asasi manusia antarabangsa tersebut. Sentimen perkauman telah diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka memobilisasi untuk menentang ICERD. Dalam suasana yang semakin tegang akibat daripada politik … Continue reading ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama