
oleh S. Arutchelvan
Pertama sekali, PSM agak teruja bahawa Akmal Saleh memilih untuk menyerlahkan sepanduk yang dipasang oleh PSM di kawasan DUN Ayer Kuning.
Tanpa campur tangan Akmal, sepanduk ini tidak mungkin dapat mencapai khalayak yang lebih meluas.
Sepanduk itu hanya menyatakan fakta yang benar, pada ketika BN cuba menampilkan dirinya mendukung perpaduan sementara PAS digambarkan sebagai sebuah parti yang ekstrem. Hujahan “pilih yang kurang memudaratkan” telah lama digunakan oleh PH dan BN untuk melawan PAS dan PN.
Mesej yang disampaikan oleh PSM sebenarnya meletakkan UMNO setanding dengan PAS, dan BN berbohong apabila ia mengatakannya menggalakkan perpaduan. PAS telah mempromosikan naratif “Undi UMNO = Undi DAP”. Kami belum nampak lagi Akmal membantah itu.
Walau bagaimanapun, Akmal tidak perlu meminta PSM untuk menjelaskannya. Kami pasti Tan Teik Cheng daripada MCA, pemimpin Pemuda DAP Woo Kah Leong, Menteri Pelancongan Tiong King Sing dan malah Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli boleh bersetuju dengan kami mengenai Akmal. Mereka semua merupakan sebahagian daripada Kerajaan Madani.
Kami menyeru pada pengundi untuk menolak semua parti politik yang mendorong rasisme. Akmal mendakwa bahawa dia hanya melawan mereka yang menyentuh isu 3R. Kami pasti bahawa terdapat lebih banyak aduan polis yang dibuat terhadap Akmal mengenai isu 3R berbanding mana-mana pemimpin PSM.
==========
S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).