OKU gesa hapuskan birokrasi dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sekumpulan wakil warga Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjumpa dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, pada 26 April 2021, untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap insiden layanan yang tidak profesional oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap warga OKU yang hendak membuat aduan mengenai tentang masalah bayaran elaun bulanan OKU mereka yang tergendala. Mereka juga mengutarakan isu Borang Kaji Semula Bantuan Kewangan JKM yang bersifat birokratik dan menyusahkan golongan OKU.

JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

PUTRAJAYA – 27 NOVEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum mengenai tuntutan untuk penghapusan sistem kontrak pada hari ini kepada Kementerian Pendidikan. Memorandum yang mengemukakan tuntutan JPKK untuk menghapuskan sistem kontrak dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (kawalan keselamatan, pembersihan dan pertukangan kebun) di sekolah kerajaan ini diterima oleh Mohammad Azziyadi bin Ismail … Continue reading JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah

PUTRAJAYA - 19 FEBRUARI 2020: Wakil penduduk rumah pangsapuri kos rendah Gugusan Dedap, Kota Damansara, Selagor, menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, untuk meminta campurtangan Menteri menyiasat isu berkaitan dengan kepincangan yang berlaku semasa pengambilan tanah di mana terletaknya pangsapuri mereka. Pemilik-pemilik sah untuk unit pangsapuri kos rendah di … Continue reading Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah

Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa

28 MEI 2019 – PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Jabatan Peguam Negara, dengan seruan pada Peguam Negara Tommy Thomas supaya menggugurkan pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu. Kedua-dua … Continue reading Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa

PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

PUTRAJAYA – 24 MEI 2019: Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ERC) pada hari ini. Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersama dengan Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner bin Mohamad dan pasukannya … Continue reading PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

oleh Sivaranjani Manickam Semasa membuat kajian dan pemantauan pekerja kontrak di beberapa hospital kerajaan, aktivis PSM terkejut apabila mendapati bahawa pekerja-pekerja kawalan keselamatan di Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji untuk tiga bulan! Ini merupakan sesuatu yang memalukan kerana penindasan terhadap pekerja berlaku secara terang-terang di pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Kini, hanya polis bantuan berdiri di … Continue reading Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

Jangan salahguna nama PM untuk mengugut penduduk kampung

PUTRAJAYA – 5 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk Kampung Bukit Kuda, Klang, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada hari ini berkenaan dengan aduan terhadap seorang bergelar Dato’ yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri Dr. Mahathir dalam cubaan mengusir mereka keluar dari rumah kediaman. Aduan tersebut dibuat terhadap seorang lekaki yang bernama Khairul, yang datang ke … Continue reading Jangan salahguna nama PM untuk mengugut penduduk kampung