Sebagai satu-satunya parti politik yang menawarkan alternatif sosialis dan politik berasaskan kelas, kami percaya bahawa kehadiran kami dalam pilihan raya adalah penting dan ia akan mengambil masa untuk inisiatif kami membuahkan hasil.
PSM lancar Manifesto Pilihan Raya untuk Kota Iskandar
PSM melancarkan Manifesto Pilihan Raya untuk kawasan DUN N49 Kota Iskandar yang menggariskan 3 teras utama dan 6 fokus isu setempat.
Tolak perang di Ukraine
PSM mengecam pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.
Prinsip kesamarataan dan tidak berdiskriminasi ialah nadi hak asasi manusia
Kita menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada ketika hak sosio-ekonomi dan politik terus merosot. Rakyat masih dipinggirkan daripada hal ehwal pembangunan negara dan sosio-ekonomi. Hak ekonomi dan sosial seperti perlindungan sosial, air, kesihatan, pendidikan, makanan dan tempat tinggal, masih jauh dari realiti bagi kebanyakan masyarakat terpinggir.
Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme: Deklarasi Bersama Penganjur Sosialisme 2021
Krisis kapitalisme semakin hari semakin menjadi lebih teruk dan melampau. Penganjur persidangan Sosialisme 2021 percaya bahawa adalah mustahak bagi rakyat biasa menolak agenda kelas pemerintah dan membentuk sebuah gerakan yang menentang elit kapitalis, secara ideologikal dan praktikal.
Tangani krisis iklim segera (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 05)
Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut.
Tingkatkan khidmat kesihatan awam (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 04)
PSM mengemukakan beberapa cadangan dalam pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional yang bertemakan “Permintaan Rakyat Mudah Je” untuk menambahbaikkan perkhidmatan kesihatan awam di negara kita.
Perumahan hak rakyat (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 03)
Perumahan adalah hak asasi manusia sejagat yang perlu dititikberatkan oleh setiap kerajaan yang memerintah negara ini. Penyediaan rumah mampu milik adalah kewajipan kerajaan dan tidak seharusnya diperlekehkan atau diabaikan.
Memperkasakan perlindungan untuk pekerja ekonomi gig
Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Memperkasakan perlindungan sosial (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 01)
Teras 1 untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” yang diperkenalkan oleh PSM mencadangkan pemerkasaan perlindungan sosial.